Friday 2 September 2016

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Dari Ibnu Umar, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (HR Ahmad No: 5879)

Pengajaran:

1. Perbanyakkan amal soleh setiap waktu disamping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
“Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).
.
2. Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)
.
3. Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyakkan amalan pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah
.
4. Marilah kita rebut peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah bermula maghrib petang Jumaat. Kita mulakan dengan memperbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir, memperbanyakkan puasa sunat, sedekah dll.
.
5. Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat Arafah, perbanyakkan doa semasa di Arafah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban.

Semoga ianya bermanfaat...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts