Friday 7 October 2016

New Zealand Memukau Pandangan (1) - Transit Melbourne (Sightseeing)

8 September 2016
bersambung dari post pengenalan yang terdahulu... 

Menaiki teksi dari rumah jam 5.30 pm, jalan sangat jem waktu itu, maklumlah time orang balik kerja. Hati ni dah start duk dak duk dak jadinya, takut lambat tiba ke airport. Setiba je akak di KLIA2 jam 8 malam, mata terus melilau mencari kawan-kawan yang lain tu..ye lah kan dah lambat. Flight pukul 10.30 pm, jadi kena check in 2 - 3 jam sebelum tu. Walaupun dah buat web check in, tapi ada lugagge untuk dimasukkan. 

Grup kami yang seramai 6 orang tu, baru 4 orang yang dah sampai. Apa hal yang lagi 2 tu (group leader dan assistant)? Akak call, dua orang tu masih dalam perjalanan, seorang dari area KL dan seorang lagi tu dari Melaka, tapi masalah nya yang Melaka tu baru berada di Seremban masih dalam perjalanan ke airport... hey..hey..heyyy.. sesak rasa nafas akak dibuatnya bila dengar tu.

Akak dan sorang lagi terus beredar masuk departure memandangkan nanti tak larat nak berlari terkejar-kejar nak sampai ke gate (dah lah gate pun jauh ke hujung) kalau dah lambat masuk. Sementara yang 2 orang lagi tu (budak muda kuat lari tak pe) menunggu assistant leader yang dah hampir nak sampai tu.

Tapi, grup leader kami ni macamana lah ceritanya ni. Punyalah risau nya hati dibuatnya. Rupa-rupanya grup leader kami tu ada emergency kes pulak, sebab tu terpaksa settle kan dulu masalahnya di sana, lepas tu baru bertolak ke KL. Nak dijadikan cerita, dia sampai dah sangat lewat dan kaunter AA memang dah tutup. Walaupun dia puas merayu, namun tak dapat berbuat apa-apa. Kami sangat sedih tika itu, apatah lagi hati grup leader kami tu... Dugaan betul..

Bila announcement dibuat untuk boarding, langkah kami terasa begitu lemah longlai sekali untuk memasuki perut kapalterbang kerana terpaksa pergi tanpa grup leader kami. 

Bismillah... sepanjang penerbangan hati dok terkenangkan kawan yang ketinggalan tu, entah apa lah nasib dan ceritanya di situ.

Alhamdulillah, penerbangan ke Melbourne lancar dan kami selamat mendarat di Melbourne International Airport lebih kurang jam 6.53 pagi, 9 September 2016.


Baggage claim


Walaupun muka kami nampak happy, tapi dalam hati sangat sedih memikirkan leader kami yang ketinggalan flight tu. Nasib baik kat airport tu dapat free wifi, dapatlah assistant leader contact dengan group leader. Dikabarkan group leader telah membeli tiket flight yang baru, berharga RM1,200 dan akan sampai Melbourne pada malam ini. Kesiannya... tapi apa nak buat.. terpaksa..


Mengikut itinerari yang dah disusun, memandangkan kami nak pergi sightseeing bandar Melbourne, maka kami kena menyimpan luggage kami di tempat baggage storage di airport tu (lupa pulak harga sewa storage tu).



Keluar dari terminal, kitorang beli tiket coach Skybus untuk ke town.


haaa.. nampak tiket ni untuk 4 orang kan? Ini ialah sebab yang 3 orang lagi tu, duit aussie dorang masih dekat tangan group leader, akak punya beli sendiri...






Sampai di coach station terminal, kitorang nampak signoard ni, Free Tram Zone. Wahhh.. bagus ni, boleh hop on/off tram sesuka hati... jimat duit :)


Sambil jalan, ternampak pulak ada seven-eleven berhampiran dan depannya ada signboard besar iklan $1 coffee. Tersengih lebarlah kami.. cuaca sejuk-sejuk ni dapat minum coffee $1.



Coffee kena bancuh sendiri ok..
hmmm.. tersangatlah sedapnya coffee ni. Dah lah murah, sedap pulak tu.. bahagiaaaa.. :))



Hujan renyai-renyai di bandar Melbourne ni, tapi ada kalanya lebat juga. Jadi kami ni terpaksalah berjalan dalam hujan nampaknya. Lepas tu kami gerak naik tram untuk ke Hosier lane, lorong street art yang femes di sini.



Hosier Lane Street Art

Melbourne is known as one of the world’s great street art capitals for its unique expressions of art displayed on approved outdoor locations throughout the city.

Melbourne's street art is internationally renowned and offers a feast of colour, ideas and energy. It has become an attraction for local and overseas visitors experiencing Melbourne’s creative ambience.

Walk down the famous bluestone laneway and admire the street art that has made the Melbourne urban art scene known across the globe.




Hipster lah sangat... hahahaaa..




okeyyy..dah puas bergambar kat street art tu, kami teruskan pulak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Queen Victoria Market.



Queen Victoria Market

The Queen Victoria Market is a major landmark in Melbourne, Australia, and at around seven hectares (17 acres) is the largest open air market in the Southern Hemisphere.

Also known affectionately as 'Vic Market' or 'Queen Vic', the Queen Victoria Market has been the heart and soul of Melbourne for more than a century. Eat, shop, explore and discover your way through our iconic food halls and heritage Sheds where the banter is as fresh as the produce. 


ini wet market


ada juga jual daging 'halal' kat sini ok..




lepas tu ke kawasan sebelah pula, tempat menjual pakaian dan souveirs...






Terjumpa pula sweater New Zealand "All Blacks" dijual di satu gerai ni. Memandangkan tokeh tu boleh bagi diskaun, kami semua pakat beli sama belaka memandangkan sweater tu dibuat di Australia dan bukannya made in china... hehehee..


Belum sampai NZ lagi, pakai terus sweater All Black ni :) 
sweater kami dalam baggage yang disimpan di airport tadi.
sejuuuukkk.. 15C






Jalan punya jalan, dah lapar lagi.. singgah cafe ni pekena coffee dan soup. 
lupa nak snap nama cafe ni tadi sebab sejuk sangat, nak lekas-lekas masuk dalam.


Pergghhh.. soup nya.. power.. sedap sangat! 
Cukup puas hati :))


selesai tu, jalan-jalan sightseeing..


building dalam gambar atas ni, kalau tengok betul-betul.. 
ada nampak macam muka orang, kan?






eh.. sesat ke kita ni?





Buy now, pay later? hahahaaaa...






Library







Okeyyyy.. time untuk kami balik ke airport dah sebab kami akan naik flight ke Christchurch pula dan.. 2 jam lagi flight group leader kami dari KL akan mendarat di Melbourne airport.

So, on the way to central station...coach terminal now..






naik balik Skybus ke airport...



sempat menikmati sunset dari dalam skybus


dah sampai airport..


ambik balik luggage semua...


try check in kat Kiosk tu, tapi tak boleh... kena ke kaunter jugak.


Alhamdulillah, ada surau di airport Melbourne ni, tapi ada satu je.. 
biliknya kecil dan kena share dengan lelaki pula.


Lapar ler tu... blasah maggi lah jawabnya!


Alhamdulillah, group leader kami dah selamat sampai ke Melbourne dan sedang ambik baggage. Ngam-ngam je masa.. kami tunggu boarding...


Naik domestic flight, Jetstar to Christchurch



bye bye... see you in Christchurch :))




No comments:

Post a Comment

Popular Posts