Monday 17 October 2016

Siem Reap Trip Santai 2016 (5)

Hari Ketiga - 13/10/2016

Pagi ni lepas solat subuh, berkemas-kemas untuk check out nanti. Flight balik KL pukul 8.35 pagi. So, dah janji dengan Mr.S akan datang jemput pukul 6.45 pagi untuk hantar ke airport.

Sepanjang 2 hari berada di sini, petang hingga ke malam, berturut-turut hujan lebat turun, menyebabkan akak tak lepas nak merayap-rayap ke night market... u'waaa... Sudahnya, tak de apa yang akak beli souvenir untuk dibawa balik... Wahhh.. pecah rekod akak kali ni! hikkkk...

Ok, selain daripada tempat-tempat yang akak baru pergi ni, ada beberapa tempat menarik yang akak dah pergi semasa trip akak yang dulu-dulu. Antaranya.. Tonle Sap Floating Village, Cambodian Cultural Village, Angkor Silk Farm, Barai Beach... Aktiviti yang paling akak suka di sana ialah ride Quad Bike

hmmm... Jika anda ingin berjalan jauh lagi, anda bolehlah pergi ke Battambang pulak (1 day trip). Di sana ada bamboo train tau. haaa... kalau nak tengok gambar-gambar tu, boleh klik pada nama tempat tu.

Haaa.. gambar bawah ni pula buat mereka yang tak pernah tengok buah teratai, ni akak dah siap kopek nak tunjuk camana ghupanya... yang nampak 2 ulas tu..


Satu lagi nak bagi tau, setiap kali akak ke sana, mesti tak lepaskan peluang untuk beli buah nona sebab buah nona kat sana sangat manis dan sedap.


Bye Sam... nice to meet you :)


Ok, tepat jam 6.45 pagi, terjenggul dah Mr.S menjemput sambil tersengih... pagi ni dia datang dengan van sebab lepas akak naik flight nanti, ada grup baru yang akan sampai pulak pagi ni.. alhamdulillah, banyak rezeki dia ni.. 

Terima kasih Mr.S atas servis tuk tuk yang sangat best!





Kat bawah ni, decoration dinding on the way ke toilet di airport. 
Cantik kan?



dah tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal Siem Reap.
Walau pun trip ni pendek, tapi seronok...

Semoga ada rezeki, dapat akak datang lagi ke sini..
Insya Allah...

Bye-bye Siem Reap!


Tamatlah sudah short visit akak selama 3H2M  :)



Berminat untuk melawat 
ke Siem Reap?




kalau berminat, boleh whatsapp atau pun PM mesej di sini





No comments:

Post a Comment

Popular Posts