Friday 7 October 2016

New Zealand Memukau Pandangan (2) - Christchurch

Alhamdulillah, safely landed kat Christchurch airport lebih kurang pukul 5 pagi.


Christchurch.. OMG.. security check ketat giler !!!
Sedih bila kena buang sandwic tuna yang dibeli dalam flight tadi, tak sempat nak makan lagi. Mahal tu... dalam 40 hengget!
habis dorang kumbah semua isi beg ! huhuuu.. penat kena kemas barang balik... dalam sejam jugak lah grup kitorang ni baru dilepaskan.. 

Perlu diingatkan buat sesiapa yang nak pegi NZ ni, kalau bawak makanan...semua kena declare ok. Kalau tak declare nanti..bila dorang check, kena denda baru tau. Makanan yang dibenarkan bawak ialah makanan dah dikomersialkan macam dalam tin atau botol yang ada label. Tapi, daging tetap tak boleh ok... tapi serunding daging lepas pulak. Kitorang banyak bawak sambal ikan bilis.. line clear!


Sebelum keluar dari airport, chief kitorang beli simkad Vodafone di kaunter dalam airport tu. Akak pun ingat nak beli jugak, tapi regenya mahal.. aussie $49! duit kita dah dekat RM160 tuuu.. hurmm.. tak jadi lah.. Ok, tips untuk korang.. kalau nak gunakan data di NZ, memang kena beli simkad Vodafone di sini sebab simkad yang lain tu (ada dijual di pasaraya) cuma boleh untuk call aje, so better beli terus di airport sebab nanti dah susah nak cari simkad Vodafone ni. Free wifi di NZ memang sangat limited dan kedekut! Even di motel pun susah nak bagi free wifi.


Menghala ke tempat parking di mana, driver kereta yang kami sewa, Mr. Cameron, sedang menanti dengan kereta estima di situ. Pejabatnya dekat je dengan airport, so lepas tu kami kena drop dia balik ofis tapi sebelum tu kami diberi penerangan dulu dan sign agreement, serta duit sewa kereta + insurans dibayar menggunakan kad kredit.




The journey begins...









Cantik-cantik rumah di kawasan perumahan ni.. apa yang akak perhatikan, rumah dorang ni jarang ada yang besar. Kebanyakannya sederhana saja, tapi nampak selesa.

Melihat saja pada rumah-rumah di Christchurch ini, mengingatkan akak pada drama tv 'Cinderella' lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham yang begitu popular suatu ketika dulu. Siapa yang tahu drama tu maknanya mereka tu seangkatan dengan hakakkk ye :) saper nak tahu, leh google. Shooting drama tu kebanyakannya dilakukan di Christchurch ni. Terngiang-ngiang pulak lagu tema drama tu di telinga ni... hehee.. terbuai kejap perasaan ni digamit memori lalu.. cewah!



Heyyy..nampak warehouse Kathmandu! 
Berkobar-kobar kami masuk bila nampak ada signboard diskaun 30%. Maklumlah kitorang ni semua sukakan aktiviti outdoor...












ok, selesai beli apa yang teringin dibeli, kami pun meneruskan perjalanan mengikut itinerari seterusnya...







Perjalanan kami ke Rakaia Gorge, berhampiran Mount Hutt sangat memukau pandangan mata dengan keindahan gunung-ganangnya. 
Tungguuuuuuu...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts