Monday 14 March 2016

Trip Cambodia-Laos ( Part 4 - Bamboo Train, Battambang)

Masa akak dok fikir mana lagi tempat yang akak nak terjah selain yang dah biasa-biasa pergi tu kat Siem Reap, maka buatlah research sikit dengan boyfriend setia akak tu, Mr.Google... haaa..keluar lah nama Battambang. 

Lepas tu cari pulak apa yang special nya yang ada di Battambang tu... rupa-rupanya ada Bamboo Train di situ..wahhh.. something unique... scenic railway.. tempat tu menjadi menjadi tourist attraction.. mat salleh suka sangatlah tempat cenggini.. :))

Selepas dah melawat ke 3 tempat tadi, kitorang gerak pula ke tempat bamboo train... tadaaaaa.... akhirnya kitorang sampai ke station bamboo train tu... Hahahahah lawakkk .... kat entrance tu ada showcar, kereta kancil kena operate.



Okeyy, jom masuk dalam... curious ni :))
haaaa... inilah dia rupanya bamboo train tuuuu... macam rakit atas darat je.. hihihiii.. ingatkan camana lah rupanya.. Bila tak digunakan, papan tempat duduk tu di angkat ke tepi letak atas tanah, begitu juga dengan rodanya... 

Harga tiket return nya ialah usd5 seorang (kalau lebih dari 2 orang) dan harga kalau seorang je ialah usd10 ye...


Battambang’s bamboo train is one of the world’s all-time unique rail journeys. From O Dambong, 3.7km east of Battambang’s old French bridge (Wat Kor Bridge), the train bumps 7km southeast to O Sra Lav along warped, misaligned rails and vertiginous bridges left by the French. The journey takes 20 minutes each way, with a 20-minute stop at O Sra Lav in between.

Each bamboo train – known in Khmer as a norry (nori) – consists of a 3m-long wooden frame, covered lengthwise with slats made of ultralight bamboo, that rest on two barbell-like bogies, the aft one connected by fan belts to a 6HP gasoline engine. Pile on 10 or 15 people, or up to three tonnes of rice, crank it up and you can cruise along at about 15km/h... read more



Masa kami nak naik, mereka angkat sekeping papan train tu dan letak atas roda dalam landasannya. okeyyyy.. Train nak berlepas dah...wahhh, kawan akak tu steady je dah ever ready fokus nampaknya untuk mulakan journey dengan bamboo train ni...hehee...




Makin lama, makin laju ni... perjalanan lama jugak, 20 minit sehala untuk sampai ke destinasinya... terhangguk-hangguklah badan kitorang ni mengikut rentak roda bamboo train tu. Kena pegang kuat-kuat tau kalau tak tercampak keluar nanti... 

Pemandangan cantik...nampak sawah bendang, sejuk mata memandang dan ada kalanya nampak macam kawasan belukar sikit... Angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa je, tapi memang kuat, dan... ada kalanya juga, akak agak terperanjat bila tetiba dengar bunyi macam hentakan yang kuat datang dari roda tu, berderau jap jantung dibuatnya..

Ok.. dah sampai ke destinasinya, kitorang disuruh turun di sini.. untuk jalan-jalan dan tinjau kedai-kedai yang ada kat situ.. nak ngopi pun boleh.. :))








Okeyyyy.. agak-agak dah puas ronda situ, kitorang pun naik semula bamboo train untuk berpatah balik ke station tadi... sama juga waktu perjalanannya, 20 minit.



Inilah dia driver bamboo train kami waktu balik... perempuan rupanya, tapi jangan pandang tak de mata haaaaa... sebab tenaga dia sangat kuat tau!


Nak tau... yang klakarnya, di pertengahan jalan, train kitorang berhenti dan kitorang disuruh turun. Lepas tu, driver tu angkat papan train dan rodanya sekali tu ke tepi jalan. Rupanya nak bagi laluan train yang nak lalu dari arah yang berlawanan... kelakarnya! 

Kitorang tergelak besor kat situ..hahahaaa.. Rules nya ialah, bagi train yang punyai penumpang yang sikit, terpaksa mengalah untuk memberi laluan... hmmm.. :))



Walau apa pun, ianya merupakan satu pengalaman yang berharga buat kitorang... dan kami sangat enjoy di situ..





 Korang...bila lagi nak try?


--> [Next] <--
(Angkor Silk Farm)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts