Tuesday 8 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 10 - Agra, Taj Mahal)

Selamat pagi dari Agraaaa!

Setelah breakfast, kami pun bersiap-siap, untuk terus check out hotel dan melawat ke Taj Mahal dan selepas itu akan meneruskan perjalanan ke Jaipur pula. 

Sebenarnya hari ni kami plan untuk pakai baju India untuk bergambar di Taj Mahal nanti, tapi ada pula antara kami yang belum sempat beli lagi, dan akak pula sebenarnya dah tersalah dengar time untuk check out, jadi kelam kabutlah sikit... akak pun malaslah jadinya dan dah tak ada mood nak pakai baju 'anarkali' yang akak dah beli masa di New Delhi hari tu...huhuuu...

Driver van dah sedia menunggu kami dengan seorang guide dari company nya. Kami siang-siang dah bagi tau yang kami tak perlukan guide sebab nanti kena bayar tips lagi.. tapi guide tu bagi tahu yang kami tak perlu bayar tips padanya, ok lah kalau macam tu..


Agra, a city on the banks of the river Yamuna in the northern state of Uttar Pradesh, India, is home to the iconic Taj Mahal, a mausoleum built for the Mughal ruler Shah Jahan’s wife, Mumtaz Mahal, who died in childbirth in 1631. Set behind a reflecting pool inside a courtyard defined by 4 minarets, the imposing main building features a massive dome and intricately carved white marble inlaid with precious stones.



Ok, kami dah sampai ke entrance pertama untuk ke Taj Mahal. Kalau nak berjalan kaki ke dalam, agak jauh juga. Ada nampak auto yang bersusun di situ. Kami tengok-tengok ada juga kereta unta sebagai pengangkutan ke dalam... apa lagi..jom lah naik.. alahai..tak ingatlah pulak berapa harga untuk 1 kereta unta tu.. (rasanya 500 rupees 1 kereta selepas bargain giler!) walaupun kami terpaksa berhimpit-himpit, tapi seronok tau...

Oh ye, sebelum kami naik kereta unta tu, kami dikerumuni oleh penjual-penjual barang souvenirs di situ. Harga yang diletakkan memang tak masuk akal, tapi tu lah kena keringkan hati bila bab bargain tu. Kalau tak pandai bargain, rugi besarlah jawabnya! 

Sebagai contoh, keychain taj mahal diletak harga 500 rupees untuk 1 peket. Ada sorang member tu bargain 500 rupees untuk 2 peket dan ingat dah murah, dia terus beli. Dengan penjual yang lain pula, akak buat jual mahal je..tak setuju dengan harga dia buka, so last last akak dapat beli dengan harga 100 rupees untuk 1 peket yang ada 12 pcs keychain dalamnya. Begitu juga dengan fridge magnet, memang kena bargain gila giler okeyyy...








beratur di kaunter jual tiket masuk Taj Mahal




  uiihhh... Tengok aje lah perbezaan harga tiket bagi locals dan foreigner tu..
Semasa beli tiket tu, korang akan dapat free sarung kasut dan sebotol air mineral.




TAJ MAHAL

An immense mausoleum of white marble, built in Agra between 1631 and 1648 by order of the Mughal emperor Shah Jahan in memory of his favourite wife, the Taj Mahal is the jewel of Muslim art in India and one of the universally admired masterpieces of the world's heritage.

The Taj Mahal is located on the right bank of the Yamuna River in a vast Mughal garden that encompasses nearly 17 hectares, in the Agra District in Uttar Pradesh. It was built by Mughal Emperor Shah Jahan in memory of his wife Mumtaz Mahal with construction starting in 1632 AD and completed in 1648 AD, with the mosque, the guest house and the main gateway on the south, the outer courtyard and its cloisters were added subsequently and completed in 1653 AD. The existence of several historical and Quaranic inscriptions in Arabic script have facilitated setting the chronology of Taj Mahal. For its construction, masons, stone-cutters, inlayers, carvers, painters, calligraphers, dome builders and other artisans were requisitioned from the whole of the empire and also from the Central Asia and Iran. Ustad-Ahmad Lahori was the main architect of the Taj Mahal.

The Taj Mahal is considered to be the greatest... (read more)









Wahhh..ada yang berposing di sini dengan baju anarkali dan punjabi suit... vasssss... prasan Kajol dan Madhuri lah tu..hehehee..



Taj Mahal... berdiri megah tersergam indah !



Ok, nak masuk ke dalam bangunan marmar putih Taj Mahal ni kena pakai sarung kasut, ye lah untuk menjaga kebersihannya..





nak jugak prasan Rani Mukherji.. heheheeee...




Di dalam bangunan batu marmar putih Taj Mahal ini lah semadinya jasad Shah Jahan dan permaisurinya, Mumtaz Mahal tetapi tak dibenarkan ambil gambar ye..



yang baju biru di bawah tu ialah guide kami di Taj Mahal...


...mengikut penerangan tour guide kami ni...

Taj Mahal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan sepenuhnya dengan 20,000 pekerja. Tangga untuk naik dan turun ke bangunan marmar putih ini ada 22 anak tangga yang melambangkan masa selama 22 tahun untuk siap bangunan tu. 

Pekerja kebanyakannya terdiri dari orang Iran. Selepas Taj Mahal siap, tangan pekerja telah dipotong kerana Shah Jahan nak pastikan tiada duplicate Taj Mahal di dunia ini. 

Warna kegemaran Mumtaz Mahal ialah oren, sebab itu lah banyak ukiran bunga pada dinding marmar putih tu warna oren. Mumtaz Mahal telah melahirkan 14 orang anak, 2 perempuan dan 12 lelaki.

Mumtaz telah meninggal ketika melahirkan anak yang ke 14. Tapi sebelum meninggal, Mumtaz sempat meninggalkan 3 pesanan kepada Shah Jahan iaitu..

1). Shah Jahan tak boleh kahwin lagi.
2). Shah Jahan mesti memelihara kesemua anak mereka.
3). Shah Jahan harus membina memorial sebagai lambang percintaan mereka.




cantiknya ukiran di marble putih ini...







Pemandangan di belakang bangunan Taj Mahal..


Inilah tangga untuk naik dan turun bangunan marmar putih Taj Mahal yang mengandungi 22 anak tangga tu..


Ok. dah selesai lawatan ke Taj Mahal, one of seven wonders of the world!




 ke mana pulak kita lepas ni? nanti sambung lagi ye... :))


--> [next] <--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts