Wednesday 9 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 11 Agra - Jaipur)

Selepas habis lawatan ke Taj Mahal tadi... sudah tu..perut kami pun dah laparrrr... heheheee... jom pekena nasi briyani lagi kat Indiana Restaurant pulak.. Harga semangkuk nasi briyani tu 300 rupees :))


hmmm...sedap! Selepas perut diisi, kami dibawa pula ke kompleks kraf Jaipur Haat yang buat tiles. Begitu halus sekali hasil buatan seni nya.. 




Harganya sangat mahal ok.. tak mampu lah akak nak beli buat souvenir... 
tiles dalam gambar ni dibuat top meja..




Cantik sangat tiles ni..kalau ikut hati memang nak je beli, tapi hihihiiii..tak mampu dik.. so, setakat jamu-jamu mata je lah ye...

Selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Jaipur pula... perjalanan dalam 5 jam.. Dalam perjalanan, kami singgah di rest area Rajasthan ni...cantik kawasannya, ada hotel sekali di sini. Akak sempat berposing di entrance gate nya ni... kebetulan akak pun pakai skirt panjang tu kan...agak agak dekat nak sama jugaklah kan dengan ukiran pompuan di pagar tu... prasan tak sudah! jangan nak prasanlah ye... 

Member yang lain dah sibuk masuk ke dalam ke tempat makan, tapi akak tak nak lepaskan peluang bergambar ni dulu... Rest area ni terletak dalam kawasan Rajasthan.. Rajasthan adalah negeri bagi kaum sikh..





Sesudah tu, kami meneruskan perjalanan lagi dan akhirnya telah selamat sampai ke Jaipur dan kami check in ke Hotel Maya Niwas.. sewaktu kami sampai, dah agak lewat malam.


Wahhh..nak check in kat sini kena ambik gambar dengan kameranya di reception..dah macam kat airport pulak gitu... lihatlah lambakan beg-beg kami tu.. banyaknya! seramkan? inikah yang dipanggil backpackers? sudah! tak ada maknanya..kalau dah memasing shopping saree, kurti..sampai tak hingat dunia! hahahahaaaaaaaaa....






Good morning from Jaipur!
Ni breakfast akak pagi ni yang telah akak order dan dihantar ke bilik... Alo paratha, omelette & toast...juice... sedap jugak..


Lepas breakfast, baru sempat nak meninjau-ninjau apa yang ada di luar bilik...hmmm..cantik juga barang-barang hiasan dan decor nya..


Nampak gayanya...sebab tak dapat nak bergaya dengan baju 'anarkali' ni kat Taj Mahal, bergaya je lah kat dalam hotel ni.. kebetulan akak nampak buaian ni kat depan bilik akak.. so, apa lagi..buat kerja lah.. oh tak lupa nak ucapkan terima kasih kat Zai sebab sanggup layan hakak ni ambik gambar posing-posing kat situ.. prasan ala-ala maharani gitu... akak ni buang tebiat ke apa ni.. hikkkkk..




Ok, kami keluar dulu..hari ni aktiviti sigtseeing Jaipur... driver van tu pun dah lama menunggu.. seperti biasa lah, kitorang ni mesti lambat turun... baia, sabar je lah ye.. hahaha..



jom ikut akak gi sightseeing Jaipur pulak...


--> [next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts