Wednesday 9 March 2016

Fenomena Gerhana Matahari Separa 2016 Tanda Kebesaran Allah SWT

Fenomena Gerhana Matahari Separa telah pun berlaku pada hari ini, Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. 

Peristiwa terjadinya gerhana matahari ini kali terakhirnya berlaku di Malaysia adalah pada tahun 2010 dan dijangka kan akan berulang lagi pada tahun 2019 pula, bermakna ianya akan terjadi setiap 4 tahun.

Gerhana matahari ini turut disaksikan oleh negara Indonesia, Thailand, Singapore dan Australia.


MasyaAllah.. AWAN pun rukuk pada saat gerhana matahari tadi di kota Ambon, Indonesia...


Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.

Fasa-fasa atau bentuk gerhana tersebut adalah seperti di bawah. (Rajah ini merujuk kepada lokasi di sekitar Lembah Kelang. Namun ia boleh digunakan sebagai gambaran kasar untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia)


Alhamdulillah pagi tadi, akak berkesempatan menunaikan solat sunat gerhana matahari bersama jemaah di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor.


Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.



In Shaa Allah kita tunggu fenomena ini berulang lagi pada tahun 2019 nanti...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts