Tuesday 1 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 7 - Srinagar-Chandigarh-Shimla)

Selepas breakfast dengan makanan semalam yang masih banyak berbaki lagi, kami pun bersiap-siap nak check out untuk terus ke airport Srinagar pula. So, akak nak rekomen lah Lonely Guesthouse (recomended by Tripadvisor juga) ini pada korang yang nak ke Srinagar nanti selain dari stay kat houseboat. Masa akak di situ, Lonely Guest House ni sedang membuat renovation untuk tambahan bilik lagi.




Kami ucapkan goodbye pada Jas dan terima kasih atas hospitality nya dan dia pun minta maaf di atas segala kekurangan guest housenya...


Kali ini kami sampai ke airport awal, lega sikit hati...sebab tahu memang nanti akan banyak cikadak nya untuk melalui proses imigresennya. Dengan rasa sedih kami mengucapkan terima kasih pada Shebir atas khidmatnya menjaga kami dengan baik hinggakan memasing pun tak lokek dah nak bagi Shebir tips lagi..

hmmm... memang betul pun.. di airport Srinagar inilah proses imigresen yang paling cerewet sekali sepanjang akak berada di India dengan 6 kali penerbangan. Bayangkanlah sampai ada 6 check point sebelum departure... memang merumitkan di situ, kena banyak sabarlah ye.. kata nak ke Kashmir kannnn.. :))

Penerbangan dari Srinagar ke Chandigarh dengan flight Spicejet mengambil masa selama 1 jam 15 minit je...





Alhamdulillah, landed on time.. lebih kurang pukul 3.30 ptg. Sampai di sini, kami dijemput oleh driver van (nama tak tau pun) yang telah kami booking untuk transport, awal lagi. Adoiiii..mukanya amatlah tak menyelerakan langsung, huhuu... terpeghochot jerrr.. dah lah tak faham omputeh.. iiissshhhh.. sabor je lah... (tak ingin pun ngambik gambor nya)


Kami meneruskan perjalanan ke Shimla pula dengan van tu. Kalau tak silap, 9 jam! Hadoiiiiiii..lamanya kan.. kebas punggung.. nak adventure sangat kan? hambik ko... flight ke Shimla ada, tapi waktu kitorang nak booking tu, harga flightnya mahal... so, kitorang ambik alternatif lain ler.

Bandar Shimla ni rupanya terletak di lereng bukit...wowww.. menakjubkan! Jalan naik ke Shimla ni berbengkang bengkok seperti kita naik ke genting, tapi jarak perjalanannya sangat jauh... agaknya 5 atau 6 kali ganda perjalanan ke Genting tu.. kalau tak silap mata memandang hari tu..165km. Driver van ni pulak drive laju.. Ada jugak member member akak ni yang tak tahan, mabuk sampai muntah jadinya.. nasib baik akak ni takat pening pening lalat jer...

Dahsyat jugak Shimla ni, walaupun terletak di lereng lereng bukit tapi ada hospital, universiti dan macam macam lagi...car showroom pun akak nampak ada 2 buah! vahh..vahhh... Hotel tak yah criter lah...berlambak-lambak... seram jugak akak mikirkan hotel hotel yang terletak di lereng bukit tu yang seakan akan tergantung je.. eeiiiiii.. menyeramkan!

Kami sampai ke hotel dah tengah malam, tak ingat pukul brapa...kul 1 pagi kot.. Rupa-rupanya hotel ni terletak di atas bukit, yang paling hujung pulak tu, yang mana van tak boleh naik. Masa buat booking tu, cuma baca dia tulis terletak di tepi jalan je, tapi tak pulak cerita atas bukit yang kena menapak sendiri... Tipah tertipu bangggg...huhuu.. 

Maka kami pun kena lah menapak pulak naik bukit nun jauh di sinun tengah malam buta tu dan beg kami terpaksa kami upah orang untuk bawak naik. Tapi kesian jugak tengok tukang angkat beg tu lelaki yang dah berumur jugak, sorang angkat dalam 4-5 beg yang berat tu mendaki bukit lagi... huisshh..

(gambar-gambar ni diambik keesokannya, masa dah check out on the way turun, sebab semalam gelap tak nampak apa dan masing-masing dah pening dan lembik, mana ada yang nak snap gambar pun)



inilah jalan yang kitorang menapak naik memalam buta tu...









Mengah-mengah kami semua sampai ke hotel. Check in ke Hotel Prestige, memang ler sky view.. apa taknya terletak paling hujung dan paling tinggi! 







Masa dah masuk bilik, baru tau bilik tu tak ada heater...mak aiii..camana nak tidur tu, sejuk bekuuu... akak pun pergi ke reception balik, tanyakan heater. Staf tu kata ada, tapi kena sewa 200 rupees... hmmm.. akak diam je sambil duduk sekejap di sofa dan gunakan wifinya yang cuma boleh dapat di depan tu. 

Dalam stengah jam kemudian, akak rasa nak masuk bilik dah.. akak pun cakap dengan staf yang dah bertukar orang di reception tu yang akak nak sewa heater. Dia ni pulak cakap harga sewa heater 150 rupees.. hmmmm... pulak dah... nampak gayanya, memang dorang ni letak harga sesuka hati untuk tips sendiri!



Malam tu akak tidur menggigil kesejukan. Heater yang sekecil tu langsung tak membantu untuk memanaskan badan rasanya...

Keesokan paginya, kami breakfast di rooftop... ooohhh.. kuah kacang kudanya tu sangat sedap! :))



'patula'



 Ok, lepas dah kenyang ni kami nak check out dan turun ke bandar Shimla pula... 

ikuti cerita selanjutnya nanti ye! :))


--> [next] <--





No comments:

Post a Comment

Popular Posts