Tuesday 8 March 2016

Peristiwa Serta Sunnah Ketika Gerhana Matahari Dan Solat Gerhana

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah,” (HR. Al Bukhari)

PERISTIWA GERHANA YANG TERDEKAT, In Shaa Allah pagi esok,  9 MAC 2016 JAM 7.30 - 9.30 PAGI (ANGGARAN)

Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu 'alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?


عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم

Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.



فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ 

Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.



فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ

Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.



ثُمَّ قَالَ " إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ

Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.



وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ

Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya. 



فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ " 

Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.

[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]


~Sunnah Ketika Gerhana~

Tatacara Solat Gerhana

1) Ia dua rakaat
2) Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3) Melakukan ruku’ yang panjang
4) Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5) Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6) Melakukan sujud yang panjang
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud dengan sujud yang panjang
9) Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10) Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11) Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.



Sunnah lain ketika gerhana:

1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-


عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.



فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ، 

Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.


فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، 

Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.


ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،

Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.


ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى، 

Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.


ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ

Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.


فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا . 

Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.


ثُمَّ قَالَ : يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا 

Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]

Kefahaman karut-


عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ، 

Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)


فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ.

Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.


فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ

Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043]

Gerhana adalah amaran Allah-


عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم 

Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، وَلَكِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ 

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048]



JANGAN lepaskan peluang keemasan ini!

1. Makluman bahawa gerhana bulan & matahari tanda-tanda hari kiamat hampir tiba.

2. Solat gerhana matahari pada 9/3/2016 bermula jam 7.25 hingga 9.31 pagi & ianya adalah sunat muakad.

3. Fadhilatnya sembahyang sunat berjemaah gerhana matahari sama ganjarannya mendapat pahala seperti menunaikan umrah sunat.

4. Kaedah menunaikan solat yang terbaik setiap rakaat ada 2 qiam & setiap qiam dibaca Al Fatihah & surah. Masa rukuk baca Subhanarabbialazimi wabihamdi sebanyak 15 kali masa rukuk pertama & rukuk kedua baca 10 kali.

5. Ketika sujud baca subhanarabbial a'la wabihamdi 15 kali & sujud kedua bacaan yg sama 10 kali.

6. Rakaat ke2 ulang seperti rakaat pertama.




JOM SOLAT JEMAAH GERHANA MATAHARI pada Rabu ni 9.3.2016 JAM 8.00 PAGI... PAHALANYA SEPERTI MENGERJAKAN UMRAH SUNAT MENANTI KITA.

Rebut peluang ini selagi..

1. Badan sihat
2. Berkesempatan
3. Muda/Tua
4. Kaya ilmu & amal
5. Belum sampai ajal


Dunia sudah semakin tua...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts