Wednesday 29 February 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA (1) - Meredah Pantai Timur (Kuantan)



Assalamualaikum wrt... semoga sihat sejahtera lah semua hendaknya. Walau pun cuaca tak menentu sekarang ini, harap anda semua dapat menjaga diri sendiri dengan sebaik mungkin. Hari ini aku nak bercerita tentang kisah percutian ku baru2 ini yang ala2 "Cuti-cuti Malaysia - Pantai Timur " Ya... sesungguhnya aku ingin mengenali negeri pantai timur di negara ku ini dengan lebih dekat lagi yang selama ini agak tidak ku hiraukan... kejam nya aku!


Comel sangat kucing ni !
Sebelum ini, percutianku kebanyakannya hanyalah di luar negara sahaja... bukannya nak membangga diri di sini, tetapi ianya adalah kerana jika percutian di dalam negeri, masalah besar ku ialah aku sudah tak mampu lagi untuk memandu 'long distance'.... ini disebabkan perasaan 'fobia' setelah mengalami kemalangan di karak highway  beberapa tahun yang lalu di waktu hujan lebat & di mana aku telah hilang kawalan stering (tika itu aku hanya berserah pada Tuhan sambil mengucap) seterusnya telah melanggar tembok divider di highway yang membuatkan aku sentiasa berasa dalam keadaan tidak tenang/selesa/gabra/takut jika pandu laju sikit... asyik main tekan brek aje... Hmmm... susahnya lah sekarang kalau nak bercuti di dalam negeri sendiri... Hubby pulak tak ada masa nak bawak, sibuk dengan bisnes aje... 


Tapi jika percutian di luar negara, aku boleh ikut tour group, bayar je harga pakej tu...dahhh.. semua diuruskan! Senang...tak yah pening2 kepala lagi.. Selalunya aku mengikuti travel grup "Poto Travel". Pengendalian nya... not bad! Aku puas hati... Setakat ini, aku telah mengikuti percutian  bersama travel grup Poto ini ke negara Turki, Spain, Morocco, Egypt, India, China, Korea, Vietnam. Sementara ke Switzerland & Paris telah dibawa oleh 'hubby' ku. Percutian ke Bali & Chiangmai pula, aku uruskan secara persendirian.... memang tak brapa best sebab kalau pergi dengan grup, memang meriah!


Apasal bergaru tu, La? Gatal kepala?
Perancangan percutian bermula ketika satu2nya anak kesayanganku (the one & only!)  bercuti semester nya baru2 ini. Aku memang nak bawaknya bercuti setelah dia penat berhempas pulas study utk exam nya... yang mana telah menghasilkan keputusan yang cemerlang! Aku bersujud syukur tika mendapat berita itu dan aku puas hati dengannya... Syukur alhamdulillah... 


Selepas tu, Aku tertanya2 pula macamana nak pegi? Siapa yang nak drive kan untukku? Fikir...fikir..fikirrr... Fikir punya fikir... Haaa...dah dapat jawapannya..! Alhamdulillah, si burung nuri setuju untuk menyertai dan merealisasikan ekspedisi meredah pantai timur ini... Terima kasih burung nuri... budimu akan ku kenang..   
Burung Nuri




Wink winkkk...!  








Bagaimana dan dari mana nak ku mulakan merancang percutian ini ye? Aku bingung sekejap memikirkannya.... Blank! Lalu, terfikir aku untuk membuat research, aku on internet dan terus mencari sahabat baikku, Cik GOOGLE!!! Yaaaa... cuma dialah yang dapat membantu ku... kata hatiku! Oleh kerana aku pun tak brapa hafal dengan peta di belah pantai timur ini, aku cari Peta Malaysia dan 'zoom' ke belah pantai timur... bermula dari Pahang. Sebenarnya Pahang ini ialah tempat kelahiran kedua orang tua ku, namun mereka telah lama berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka setelah orang tua mereka telah tiada... 
Al-Fatihah buat kedua2 nenekku dan datukku...


Sambil membuat research, aku menarikan jari jemariku untuk mencatat beberapa lokasi menarik untuk dilawati nanti... di antaranya.. 


di PAHANG :
* Telok Chempedak di bandar Kuantan
* Tanjung Api, sebuah perkampungan nelayan di bandar Kuantan
* Bandar Pekan iaitu bandar diraja Pahang
* Tanjung Agas, sebuah lagi perkampungan nelayan, terletak di Pekan
* Cherating
* Tasik Chini 


Aloha !




di TERENGGANU :
* Pantai di Marang
* Pulau Duyong, sebuah perkampungan nelayan
* Seberang Takir
* Merang, terdapat jeti ke Pulau Kapas


Perjalanan kami berempat (aku, bella, burung nuri & makcikku) dimulakan menuju ke bandar Kuantan, Pahang. Sampai saja di Kuantan, kami dibawa pusing2 keliling bandar serta singgah pula di Kuantan Waterfront.  
Subhanallah... Indahnya ciptaan Tuhan
Memang cantik... anginnya yang sepoi-sepoi bahasa telah melambai2kan pohon kelapa, juga menampar2 muka ku... aduuussss...terasa begitu halus menusuk ke dalam celah2 bulu roma mukaku...auuwwww!! 




Kita tengok  telor penyu...
Terdapat gerai2 yang menjual makanan ringan tempatan serta buah2an. Oh ya, ada jugak nampak jual telur penyu...  yang bulat2 macam bola pingpong tuuu... best jugak ni kalau beli dan boleh rasa... sebab orang kata, dah rebus pun telurnya masih lembik lagi, takkan jadi keras. Tapi apa kan daya... perjalanan kami baru bermula dan masih panjang lagi, maka niat untuk membeli telur penyu ni pun dipadamkan saja lah...     






Sebelum kami check-in hotel, sempat jugak melawat pakcikku (86 tahun, pernah berkhidmat sebagai anggota polis yang ditakuti suatu waktu dahulu sewaktu peristiwa bukit kepong) yang mana telah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas... Al-Fatihah buat arwah mak long ku.




Selepas puas bercerita (pakcik ku ini memang ramah sangat orangnya), maka kami pun bermohon diri, lalu check-in hotel untuk berehat seketika bagi melepaskan penat kerana cuaca pun agak panas tika itu...


Pintu Gerbang, Pekan, Pahang
Setelah menunaikan solat jamak maghrib & isyak, kami pun keluar menaiki kereta untuk melawat ke bandar diraja, Pekan, Pahang. Pintu gerbang ke bandar Pekan pun cantik jugak. Bandarnya penuh dengan lampu2 hiasan... yang berwarna warni, maklumlah bandar diraja! 





Kami sempat melawati istana raja, eh eehh... dapat jenguk kawasan luar pagar istana ajeee... huhuuuuu... Seterusnya kami ke Polo Club Raja. Puas kami bergambar dengan berbagai posing di entrance Royal Polo Club... tak dapat naik kuda betul, bergambar dengan kuda batu pun jadiklah... Kalaulah kuda tu boleh bercakap... tak tau lah...hehehee... 







Sempat jugak singgah di Pekan Riverfront, terdapat lembing kat situ, tapi gelap sangat, susah nak nampak.     









Setelah kepenatan berposing2 tadi, kami meninggalkan bandar diraja, Pekan dan membuat pejalanan pulang ke bandar Kuantanterus singgah di Teluk Chempedak untuk makan malam... perut memang dah berbunyik sangat, krok..krok... 

Mak aiii.. tengok jam, dah pukul 12 tengah malam baru nak dinner. Patutlah... Angin pantai TC ini memang terlampau kuat! Badanku yang memang tak berapa nak ringan ni pun serasa bagai melayang jugak! Cewah..prasan!!! (Badan market? Jauh sekali! -hanya anakku je lah yg paham maksudnya..agak2nya lah) Hahahaaa.. Kebetulan pula malam tu ialah malam Sabtu, jadi memang penuh dengan para pengunjungnya. La, masihkah kau terkenangkan kipas yang colorful itu yang telah tercicir? Hahahahaaa...

Tanjung Api


Keesokan paginya, kami melawat ke Tanjung Api, iaitu sebuah perkampungan nelayan. Aku ingin sangat nak tengok nelayan turunkan hasil tangkapan mereka, tapi hampa... rupa2nya hasil tangkapan laut diturunkan di tempat lain dan di Tanjung Api ini hanyalah tempat berlabuh bot2 nelayan. 


Tak pe lah... kami masih boleh jenguk2 dan menyebuk bergambau di bot2 nelayan ni...


Oh ye, dapat jugak kawanku, Mariah, yang sama menuntut semasa di Uitm dulu sempat mengejar ku di situ setelah beberapa kali appointment kami terpaksa dibatalkan oleh sebab masa yang tak bersesuaian. 




Gembira aku bertemu dengannya... masih seperti dulu, cuma sedikit dimamah usia! Maklumlah.. kita ni dah masuk ke senja..! Oh tidaaakkkk..! Oh YES! I have to face the fact! ok lah tu... 




Sebelum kami meninggalkan bandar Kuantan, kami sempat juga singgah ke rumah seorang lagi saudaraku, seorang ibu muda  yang meletop-letop (Baru habis pantang lah! Tengoklah baby nyer... cute sangat!) yang menjalankan bisnes tempahan baju (Tailor). Bisnesnya dah maju.. ramai mak2 datin yang tempah baju dengannya... ooouuiiii.. mesti dah berkepuk dah simpan duit ni! Gurau aje ye Maz ! Jangan marah...nanti lekas tua! Maz, sori..daku abadikan gambarmu di sini di blog percutian ku ini tanpa izin mu ye... You're so sweet!




Perjalanan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Cherating. Memang dah lama sangat aku teringin nak pergi, tapi tak sampai2 jugak... sebab tak ada sapa nak bawak... huhuuuuuu... ;'(   


Gembiranya bila dah sampai sana, kembang dan berbunga-menga hatiku! Kami check-in di Tanjong Inn. Cantik tempatnya... memang sah... menyegarkan dan merehatkan otak..


Ok, nantikan sambungan cerita perjalanan ekspedisi CUTI-CUTI MALAYSIA(2) pulak ye yang meredah pantai timur di Cherating ye.... sebab mata dah mengantuk sangat dah ni... tak tahaaaannn.. Selamat malam...semoga aku lena dibuai oleh mimpi2 yang indah malam ini. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts