Saturday 25 February 2012

ADAB TERHADAP DIRI



Segala puji hanya bagi Allah yang telah 
begitu banyak memberikan kenikmatan sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Selawat dan salam pada Rasulullah saw serta keluarga, sahabat dan orang-orang 
yang istiqamah mengikuti baginda. 
KepadaNya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan. Barang siapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. 
Dan barangsiapa yang disesatkanNya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.




Amalkan 4 perkara ini setiap hari sebelum kita tidur dan mengimbas apa yang kita lakukan sepanjang hari :














MURAQABAH
Allah Maha Melihat dan Mengetahui, ingatkan diri bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita.






MUHASABAH DIRI
Menganalisakan segala perbuatan kita sepanjang hari samada bermanfaat (pahala) atau mungkar (dosa)




TAUBAT
Cepat-cepat istighfar ketika sedar atas kesalahan /
dosa kita.
Berhenti berbuat dosa, insaf, azam tidak mengulangi lagi dan istiqamah (perbaiki) dan tambah amalan-amalan dan ibadah kita.

MUJAHADAH
Berjihad untuk lawan syaitan/nafsu dengan berzikir, membaca dan memahami Al-Quran, puasa, sedekah, jaga mata, lidah, perut dan lain-lain.






Jika jauh jarak terbentang
Jika bersua tak lagi mungkin
Jika ia tak bisa dijangkau
Jika mata tak kuasa memandang
Maka di sinilah beliau kau temukan...
[syair Syeikh Muhammad ibnu Muhammad al-Jazari]




                                                               Akhir kata...ayuh berdoa...




"Manjadda wajadda" - Siapa yang berusaha dia berjaya...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts