Kami buat breakfast sendiri dan selepas breakfast, kami berangkat untuk ke Pahalgam pula. Jas bagi kami sedikit info tentang harga untuk pakej horse riding di Pahalgam nanti. Dia kata kena pandailah tawar menawar.
Selepas tu Jas bertanya samada kitorang nak dinner di situ ke tak malam nanti. Dah discuss harga, 200 rupees seorang memang sangat berbaloi..so, kami setuju... ok, see you in the evening Jas sambil kami melangkah keluar.
Sampai di entrance, Shebir dah sedia menunggu kami dengan senyuman.. sejuk hati memandang mukanya.. hahahaa.. Nasib baiklah kitorang dapat driver yang baik, berhemah dan cekap ni. Oh ye.. dia ni suka dengar lagu-lagu yang dipasang dari pen drive yang member akak bawak tu.. ada certain lagu tu, dia akan kuatkan..hihihiii.. tapi ada satu masa tu, dia tiba tiba tutup volume, rupa-rupanya masa tu kita sedang melalui kawasan perkuburan..
ok lah, let's go.. perjalanan ke Pahalgam dalam 2 jam..
Sementara mana yang tak nak beli tu, pergi lepak kat kedai sebelah, minum 'chai masala' iaitu teh panas yang direbus dengan ramuan herba herba terpilih macam dalam gambar kat bawah tu. Akak pun minum teh tu, memang sedap rasa badan lepas tu..panassss... regenya lupalah pulak.. 50 rupees kot :))
Bro yang explain ni, muka handsome tapi nampak macam agak sombong sikit...tak nak senyum langsung...ufffggghh... camana layan customer gitu? Takut kitorang ni nak ngorat dia kot.. lepas tu bila akak mintak diskaun sikit, dia buat muka derrrkkk jer..
Selepas tu, perjalanan diteruskan lagi...
Alhamdulillah.. akhirnya dah sampai ke Pahalgam.
Subhanallah indah sungguh pemandangannya!
Tak dapat nak gambarkan lagi dengan kata-kata...
Sporting betul Shebir, baik hatinya... berhentikan kami sekejap untuk bergambar di sini...
pemandangan sungai nya...superb!
Yeayyy...dah sampai ke Plaza Pahalgam...
lepas ni, ikuti akak naik kuda merentasi Kashmir Valley, Dabyan dan akhirnya ke Baisaran yang sungguh ohsem tu...
--> [next] <--
No comments:
Post a Comment