Tibalah masa kami nak berangkat meninggalkan Gulmarg ni... so, kami pun mengucapkan goodbye pada Ghulam, terima kasih atas servisnya... dia banyak juga membantu untuk cut down caj harga untuk aktiviti aktiviti kitorang... Ski, Snow Bike, ATV dan juga banyak bantu ambikkan gambar sertaaaa.. jadi tempat gantung handbag kitorang masa aktiviti tu... hahahahaaaa... sporting dia!
Shebir yang dari tadi memerhatikan gelagat kami bergambar dengan sledge tu pun asyik tersenyum je... hahahaa... ni saja nak zoomkan lagi gambar si Shebir ni, driver kitorang yang handsome ni... ahakks!!! Dalam hati akak ada jugak berkata, nape lah dia ni tak jadi pelakon je? hihihiii...
Tapi sebenarnya akak rasa sayu bila bercakap dengan dia dan melihat ke matanya...sangat sangat penuh dengan kesedihan yang terpancar, mungkin juga dek kerana keperitan hidup...
ok, jom ikut turun, kena hantar balik kasut boot yang disewa semalam tu.
Masa jalan nak turun ni, jem jugak sebab jalan agak sempit dan banyak kenderaan yang naik tu tersekat disebabkan jalan licin dengan ais dan tayar kenderaan dorang tu tak brapa nak cengkam atau grip.
Perjalanan dari Gulmarg balik ke Srinagar memakan masa lebih kurang 3 jam, namun tak terasa sangat boring kerana kami sibuk memerhatikan pemandangan sekitarnya buat 1 jam yang pertama.. selepas tu tengok tengok semua dah senyap tidur...maklum masing masing dah kepenatan.
Kami sampai ke bandar Srinagar waktu hari dah pun gelap...(pukul 5 petang dah start gelap) lalu kami terus ke tempat kami menginap untuk selama 2 malam iaitu di Lonely Guesthouse.. Nak dijadikan cerita pulak, bandar Srinagar ni rupanya dicatu bekalan letriknya... kalau tak silap... setiap 2 jam akan putus bekalan letriknya.
Waktu kami sampai, keadaan jalan ke guesthouse tu gelap gelita...dahlah kami teraba-raba jadinya sebab terpaksa mengangkut beg masing masing sekali dan lorongnya agak jauh ke dalam dari main entrance tempat van parking .
Bila dah check in, kami terpaksa duduklah bergelap dengan hanya disuluh dengan sebuah pelita. Rupanya hari semalam yang kami menginap di houseboat Dal Lake tu, pakai generator.. patutlah kami tak bergelap pun semalam...
Kami tak sabar menanti bekalan letrik disambungkan sebab nak minum air panas, juga perlukan water heater untuk mandi, cuaca sangat sejuk waktu itu.. akak memang masih kesejukan beku lagi.. aduhaiiii...penantian bagaikan satu penyiksaan.. kesian betul dengan keadaan penduduk di bandar ini ye.. wifi pun memang tak dapatlah jawabnya...
Bila bekalan letrik disambungkan, kami harus menunggu 20 minit pula untuk panaskan water heater, selepas tu memasing sibuklah nak cepat mandi sebab takut bekalan letrik diputuskan balik..
Gambar atas ni ialah gambar Lonely Guest House...harganya sangat berpatutan, klik sini untuk tau harga. Antara pemilik bersama property ni ialah bro handsome yang kat bawah ni, namanya Jas. Mereka ni run family bisnes.. dan sangat baik layanan mereka..
Gambar atas ni ialah gambar Lonely Guest House...harganya sangat berpatutan, klik sini untuk tau harga. Antara pemilik bersama property ni ialah bro handsome yang kat bawah ni, namanya Jas. Mereka ni run family bisnes.. dan sangat baik layanan mereka..
Ok lah, kitorang tidur dulu ye sebab esok pagi akan ke Pahalgam pula... Pahalgam ni satu lagi tempat yang sangat cantik scenery nya, ada mini switzerland juga di situ... tunggu cerita di sana pulak nanti ye..
No comments:
Post a Comment