Showing posts with label Gulmarg. Show all posts
Showing posts with label Gulmarg. Show all posts

Friday, 26 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 4 - Srinagar, Gulmarg [4]

Tibalah masa kami nak berangkat meninggalkan Gulmarg ni... so, kami pun mengucapkan goodbye pada Ghulam, terima kasih atas servisnya... dia banyak juga membantu untuk cut down caj harga untuk aktiviti aktiviti kitorang... Ski, Snow Bike, ATV dan juga banyak bantu ambikkan gambar sertaaaa.. jadi tempat gantung handbag kitorang masa aktiviti tu... hahahahaaaa... sporting dia!



Shebir yang dari tadi memerhatikan gelagat kami bergambar dengan sledge tu pun asyik tersenyum je... hahahaa... ni saja nak zoomkan lagi gambar si Shebir ni, driver kitorang yang handsome ni... ahakks!!! Dalam hati akak ada jugak berkata, nape lah dia ni tak jadi pelakon je? hihihiii...

Tapi sebenarnya akak rasa sayu bila bercakap dengan dia dan melihat ke matanya...sangat sangat penuh dengan kesedihan yang terpancar, mungkin juga dek kerana keperitan hidup...




ok, jom ikut turun, kena hantar balik kasut boot yang disewa semalam tu.
Masa jalan nak turun ni, jem jugak sebab jalan agak sempit dan banyak kenderaan yang naik tu tersekat disebabkan jalan licin dengan ais dan tayar kenderaan dorang tu tak brapa nak cengkam atau grip.


Perjalanan dari Gulmarg balik ke Srinagar memakan masa lebih kurang 3 jam, namun tak terasa sangat boring kerana kami sibuk memerhatikan pemandangan sekitarnya buat 1 jam yang pertama.. selepas tu tengok tengok semua dah senyap tidur...maklum masing masing dah kepenatan.









Kami sampai ke bandar Srinagar waktu hari dah pun gelap...(pukul 5 petang dah start gelap) lalu kami terus ke tempat kami menginap untuk selama 2 malam iaitu di Lonely Guesthouse.. Nak dijadikan cerita pulak, bandar Srinagar ni rupanya dicatu bekalan letriknya... kalau tak silap... setiap 2 jam akan putus bekalan letriknya.

Waktu kami sampai, keadaan jalan ke guesthouse tu gelap gelita...dahlah kami teraba-raba jadinya sebab terpaksa mengangkut beg masing masing sekali dan lorongnya agak jauh ke dalam dari main entrance tempat van parking . 

Bila dah check in, kami terpaksa duduklah bergelap dengan hanya disuluh dengan sebuah pelita. Rupanya hari semalam yang kami menginap di houseboat Dal Lake tu, pakai generator.. patutlah kami tak bergelap pun semalam...

Kami tak sabar menanti bekalan letrik disambungkan sebab nak minum air panas, juga perlukan water heater untuk mandi, cuaca sangat sejuk waktu itu.. akak memang masih kesejukan beku lagi.. aduhaiiii...penantian bagaikan satu penyiksaan.. kesian betul dengan keadaan penduduk di bandar ini ye.. wifi pun memang tak dapatlah jawabnya...

Bila bekalan letrik disambungkan, kami harus menunggu 20 minit pula untuk panaskan water heater, selepas tu memasing sibuklah nak cepat mandi sebab takut bekalan letrik diputuskan balik..


Gambar atas ni ialah gambar Lonely Guest House...harganya sangat berpatutan, klik sini untuk tau harga. Antara pemilik bersama property ni ialah bro handsome yang kat bawah ni, namanya Jas. Mereka ni run family bisnes.. dan sangat baik layanan mereka..


Ok lah, kitorang tidur dulu ye sebab esok pagi akan ke Pahalgam pula... Pahalgam ni satu lagi tempat yang sangat cantik scenery nya, ada mini switzerland juga di situ... tunggu cerita di sana pulak nanti ye..


Thursday, 25 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 4 - Srinagar, Gulmarg [3] ATV Motor)

Good morning from Gulmarg!
Best kan kalau bangun pagi dapat tengok scenery cam gini?




haaaa...bab cerita ni akak tengok ada member grup yang lain pulak dah pos kat facebook dia. Apa kata akak copy paste je juga..tak yahlah akak susah susah nak karang story lagi... cuma edit spelling je ye.. heheheee... 
(credit to: Long)

Keesokan pagi nya kitorang enjoy the scenery of Gulmarg with ATV.. Atv kt Mesia tak jalan atas salji kan so kitaorang pon layan secara berjemaah hehee. 13 km jugak naik atv ni round gulmarg.. View toksah cakap lah memang superb..feeling feeling hindustan sambil mendepa tangan atas atv sambil nyanyi lagu fanaa tu "subhanAllah subhanallah" hehee..

Atv yang kitorang naik ni mahal jugak regenye..kemain lagi dia quote dlm 4-5 ribu rupee. Sape nak naik kalau rege camtu..baek aku beli jeans levis hihihi...
Pakcik Ghulam tu beria sangat soh kitorang naik, dia cakap cantik sangat, rugi kalau tak pegi.. A'ah soh kitorang pegi, tapi bagi rege mahal.. memang tak lah kan.. 

So kitorang tolak dengan baik..dia bagi rege half price pon still tak mampu.. Tapi dalam hati ni bergolak ni macam org sakit perut nak cerry berry lagaknya tapi still maintain jual mahal..

Pastu dia tanya aku bajet bape.. Semua aktiviti aku nak 1K je, hahaa..dia cakap tak logik! Tak logik tak pe la kan.. aku bukan tak penah naik ATV pon. Tak ralat kot kalau tak cuba.. sape nak proceed, silakan...

So sambutn tak menggalakkan.. dia pon buat cakap cakap, pastu die tanya lagi.. dia cakap tak de duit tak pe, pinjam je duit die lu.. Bila2 sampai malaysia leh bayar..amboi tacing la plak hahaa...

Lalu dia pon cuba pancing lagi dan lagi...petua dia kalau korang berkumpulan, make sure korang sepakat. Jangan sorang tengah pancing bargaining tetiba ade plak yg buat muke wah dah murah dah ni...terus potong hahaha... Ingat tu... Kekeke..

So last price kitorang dpt 1500 rupees daripada 5000 rupees pastu kena tambah sorang 100 lagi sebab dorang fetched kitorang kat hotel.. Jadik la 1600 rupees seorang..yang mana pada aku still mahal, tapi boleh la still murah dari Malaysia kan...


















yaaaaaa..hoooooouuuuuuu...








 phewwwww...memang best sangat ride ATV atas snow ni pun.. cukup gembira dan puas hati... nampak tak keriangan di wajah kitorang tu? 















steady...steady..tarik akak yang berat tu :))





--> [next] <--



17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 4 - Srinagar, Gulmarg [2] Ski & Snow Bike)

Hati memasing tak tenang nak berehat kat bilik..hahahaa..sebab dok ingat nak main snow lah tu..hikkk..




Dari resort tadi, kami menaiki sledge dengan bayaran 200 rupees sorang sebab tak larat lah nak jalan atas ais tu, nanti brapa kali nak tergolek.. walaupun mula-mula agak jual mahal nak bayar untuk sledge tu..tapi bila fikirkan tak nak jatuh tu, terpaksa lerr..




Berjalan dalam 50m dah boleh sampai ke gondola. Harga tiket untuk naik Gondola ni 700 rupees seorang. 

Di sini lah entrance gate untuk nak pergi ke tempat gondola tu... nak masuk entrance ni pun kena bayar... tapi, tak ingat berapa...tak faham kenapa. Adakah kami ni kena pow sebenarnya? hahahaaaa...

Kat area sini memang bahaya gile, spek ko jatuh dorang tolong angkatkan pon dorang mintak tips tau! Semua bende nak tips kat sini.. mampuih bak hang, Long... hahahha..






















Kami beberapa orang ni ambiklah peluang untuk merasa nak ber ski... so, belajarlah dengan caj 1000 rupees sorang... itu harga yang kami dapat selepas di bargain ye tu! (Itulah antara kerja si Ghulam tu)





















ehem..ehem..








Lepas dah try ski, kami beralih ke snow bike pulak...wahhh..ganas gitu! bagi chan lah kami nak try beraksi lagi... heheheee... Harganya idok lah murah, tapi orang kata still can afford lah kalau dibandingkan nak main di negara lain tu. Harganya 2000 rupees seorang, itu selepas dah bargain tu! Lupa pulak harga asalnya brapa...

wowwwweeeeee...yang ini memang best giler... syiok gilerrr!!!
yeeehaaaaaaa!!! Akak enjoy sangattttttt!


Selesai tu, hari dah nak gelap. Announcement dah dibuat untuk keluar dari kawasan tu dan kami pun naik gondola semula...itu pun dah trip yang akhir akhir...


Sebelum sampai ke resort, Ghulam tu beria-ria nak bawak akak pegi ofis ATV sport untuk tunjukkan rates untuk ride ATV... Ok lah, layan je lah... Nampak kat signboard ofis ATV tu.. 400 rupees utk setiap km. So, ride tu sejauh 13km. Total 5,200 rupees lah. Mak datokkk...mahainyerrr! Tapi Ghulam kata, dia boleh dapatkan 50% diskaun... kita tengok nanti apa kata grup ye...





Jom balik resort...

--> [next] <--



Popular Posts