yeayyy..dah nak hampir sampai Gulmarg..
Sebelum sampai ke Gulmarg, kami dibawa oleh Shebir ke tempat sewa boots dan jaket, tapi kami cuma sewa boots je untuk memudahkan berjalan atas snow nanti...tak ingat lah pulak regenya.. 200 rupees untuk sewa sepasang boot tu..
Tak tau dari mana datangnya uncle Ghulam ni (gambar bawah, kanan sekali tu) tetiba je dia muncul nak jadi guide kami di Gulmarg. Mengikut katanya, sukar nanti..akan asik kena pow kat Gulmarg tu nanti untuk sebarang aktiviti. Bincang punya bincang, kami semua setuju lah untuk ambik Ghulam tu sebagai guide kami dengan bayaran cajnya 900 rupees sehari.
okeyyy...kenderaan boleh masuk sampai takat ini saja, lepas tu kami kena menapak mendaki bukit sikit untuk sampai ke Gulmarg Resort, tempat kami akan bermalam nanti.. regenya, sila check sendiri kat booking.com ye..
Alhamdulillah, akhirnya sampai... tercungap-cungap jugak lah memasing tu.. letih jugaklah menapak naik panjat bukit sikit tadi untuk sampai ke resort ni, nasib baik tak kena angkut beg-beg sendiri, kalau tak entah ler camana.. ada jugak yang dah gelap baru sampai ateh tu :)) Kami minta staf resort yang tolong angkutkan beg dari bawah tu, tapi of course lah... Tips..Tips!
Biliknya, boleh tahan juga...selesa, cuma heaternya tak function..huhuuuu..beku akak oiiii... dorang bagi heater kecik letak atas lantai..tak cukuppppp...tak dapat memanaskan langsung..huhuuu...
ok.. Kami berehat sekejap lepas check in sebelum mulakan aktiviti..
--> [next] <--
bestnyerrrrr dear.. bila la ade rezeki gi sana ..
ReplyDelete