Monday, 22 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 3 - Srinagar, Keasyikkan Dal Lake 2)

Bersuai kenal dengan uncle ni, bapa kepada tuanpunya houseboat ni.. Uncle ni orang Afghanistan rupanya, akak jadi tak berkelip tengok matanya bila bercakap dengan dia sebab...matanya sangat cantik, warna light grey!!!


Wahhh...rezeki...
Kami dihidangkan dengan minum petang, ada teh dan juga kek... Akak suka tengok teko nya tu..cantikkkk...




Meja di ruang tamu...ada koleksi duit syiling..


Selesai minum, kami pun bawa beg masing-masing ke bilik..






Selepas berehat kejap, kami menaiki shikara lagi untuk dibawa ke kedai-kedai terapung di sini.. Memandangkan cuaca yang teramat sejuk sebelah petang tu, akak tak nak lama-lama di luar tu.. beku dah jadinya. Jadi, akak pun mintak Farhan (yang bawa shikara) tu antar akak balik ke houseboat cepat.
























Subhanallah...cantiknya pemandangan tika sunset...




Selepas Farhan hantar akak balik ke houseboat, beberapa member yang lain keluar lagi naik shikara, dorang nak pergi ke pekan pulak jalan-jalan jamu mata sambil nak beli buah... Ruginya akak tak ikut, tapi nak buat camana..dah rasa beku tahap gaban dah! terpaksalah daku...huhuhuuu..
























ehhh... Apa dah jadi ni? Korang buat apa ek?
hahahahaaaaa... ini ialah acara memanaskn badan... macam 'menurun' je kan! Masing-masing balik masuk houseboat, terketar-ketar..menggigil sejuk. Itulah rupanya heater yang disediakan kat situ.




Dinner served dalam pukul 9 malam bila semua orang dah balik dari shopping terapung.. maka pelahap lah makan, cuma masakannya ada kureng sikit sedapnya...

Oh ye.. bila tengok heater ni, ada story sikit nak share..hehehee...
Alkisah..heater yang sama macam tu ada dalam bilik akak tu, kami share bertiga sebilik. Seorang member dengan tak sengaja telah berlaga lengannya dengan heater tu, terus melecur...teruk jugaklah.. nasib baik akak ada bawak minyak gamat, dapat jugak membantu.

Member yang sorang lagi ni pandai sangat...basuh seluar jeansnya yang kotor sikit, lepas tu siap sidai kat batang paip heater tu. Akak dah cakap jangan, nanti terbakor...dia kata, tak pe..kejap je. Oklah.. tak lama lepas tu akak jerit, bau terbakar dah ni. Member ni pun berlari gi angkat jeans nya... hmmm.. memang dah terbakor pun! :)) 

Tak serik lagi dia ni... malam sikit, lepas mandi dia gi sidai tualanya pulak kat batang heater tu. Dalam hati akak berkata, habislah tuala ni pulak. Betul je..lepas tu...tualanya dah berlubang! hahahaaaaaa... habis berbau satu houseboat tu.






Haaaaaaa....ini dia acara selepas dinner :))
kain-kain saree, punjabi suit dan juga pashmina...
beli, jangan tak beli... shopping, jangan tak shopping...




Peniaga saffron ni pula menunjukkan kononnya saffron nya lah kualiti yang terbaik... akak tak ambik pot pun, sebab dulu pernah beli masa tahun 2008 tu, bawa balik rumah...terperap aje..





--> [next] <--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts