Thursday, 12 June 2014

Malam NISFU SYA'BAN

Assalamualaikum..

Salam Khamis bersamaan 14 Sya'ban..

Seperti yang telah pun saya post pada 1 Sya'ban yang lepas, malam ini ialah Malam Nisfu Sya'ban, malam yang ditunggu-tunggu ramai dalam bulan Sya'ban ini...mmm..mungkin jugak tak semua orang.. Tapi, bagi yang berilmu dan mengetahui fadhilat besarnya malam ini, pasti tidak mahu melepaskannya begitu saja tanpa melakukan ibadah-ibadah yang amat disyorkan..




Malam Nisfu Sya' ban
14 Sya'ban / 12 June 

Drp Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW telah bersabda..( yang bermaksud )

Jibril a.s pernah datang kepada ku pada malam Nisfu Sya' ban seraya berkata...
" Wahai Muhammad. .ini lah malam di buka padanya pintu pintu langit dan pintu pintu rahmat. Maka bangunlah kamu dan bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit.. Maka aku bertanya ..

" Wahai Jibril..malam apa kah ini ? Maka jawabnya.." Ini lah malam yang di buka pada nya 300 pintu rahmat ..Allah SWT mengurniakan pengampunan kepada sesiapa yang tidak menyekutukan sesuatu dengan NYA dan rahmat ini tidak di berikan kpd tukang sihir..tukang tenung nasib.. orang yang bermarah marahan..orang yang kekal minum arak..orang yng berzina..orang yng makan riba ..orang yang derhaka dgn kedua Ibu Bapa ..tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan Silaturahim. .Maka sesungguhnya mereka itu tidak di ampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Walaupun malam ini berlangsungnya juga pembukaan rasmi World Cup, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk ber"Qiamulail" bola sepak..



.... Ikhlaskan hati dalam beramal...


No comments:

Post a Comment

Popular Posts