Tuesday, 10 June 2014

Niatkan 8 Perkara Ketika Berwudhuk

Assalamualaikum...

Petang ni akak nak berkongsi ilmu tentang mengambil wudhuk ini... 




Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.

Semoga ianya bermanfaat untuk bersama.

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts