Sunday, 8 June 2014

Selamat Harijadi Bondaku Tercinta...

Selamat Hari Lahir yang ke 74 buat bondaku tercinta..
Alhamdulillah, kami dapat membuat surprise party anak beranak untuknya petang semalam (7 Jun)  :)

Semoga bondaku beroleh kesihatan yang baik selalu hendaknya dan berada dalam rahmat Allah sentiasa.. aminnn...

Saja nak happy-happy kan bonda setelah dia baru baik dari sakit hari tu... lama jugak.. 8 hari di hospital, diasingkan bilik kerana dijangkiti virus H1N1 walaupun pada mulanya warded kerana disyaki terkena virus Mers-Cov selepas kami berdua pulang dari umrah.. Selepas pemeriksaan darah, alhamdulillah bebas dari virus Mers-Cov, cuma dijangkiti pula dengan H1N1, tapi tak apalah..sebab H1N1 ada vaksinnya...kalau betul positif Mers-Cov, tak tahulah..sebab diberitahu bahawa tiada ubatnya. Selepas discharge pun, bonda mengambil masa hampir sebulan untuk sembuh kembali... Alhamdulillah kini...



     


Bondaku hanya suka pada cake marble aje... so, tak dapatlah nak beli cake yang glamour-glamour tu :D




Banyak jugaklah juadah yang tak sepertinya ini :D





Terima kasih untuk cake marble dan popiah basah tu ye cakti dan terima kasih juga umimah untuk kuih kasui tu :)


Bondaku tersenyum je makan marble cake favouritenya itu...

       
Bersama 3 orang cucunya....

        

Abaikan aje lah gambar background yang bersepah tu ye :D

    

Untuk dinner, dah booking meja di Istana Bambu, tapi bonda dah tak larat. Katanya penat... lain kalilah..

Tak pe lah.. apa-apa pun, gembira tengok bonda happy....


No comments:

Post a Comment

Popular Posts