Saturday, 14 June 2014

Amalan Pembuka Rezeki

Assalammualaikum.


Mulakan hari ini dengan melakukan perkara yang berfaedah dan bermanafaat ya...




REZEKI dalam Islam merupakan hal yang ghaib seperti jodoh dan kematian, maka ada cara-cara untuk menjemputnya...

Terlebih dahulu, bacalah setiap hari...

Surah Al-Fatihah dan anda niatkan seperti di bawah:

Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada Nabi Muhammad SAW
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada isteri-isteri & para sahabat Nabi Muhammad SAW 
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada ibu & bapa ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam yang hidup & yang telah mati,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,

berkatilah hidup mereka semuanya, dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana, 
payungilah kami dengan Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada-Mu Tuhan SEMESTA ALAM,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia Engkau zahirkan, 
maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.




Di bawah ini ada beberapa cara bagi membuka pintu rezeki...

1. Bersyukur. Ini adalah kunci pertama dan utama membuka rezeki, kerana Allah berjanji dalam al-Quran akan menambahkan nikmat kepada hambanya yang pandai bersyukur.

2. Solat Dhuha. Solat ini adalah solat pembuka rezki, dilakukan pada siang hari.

3. Taat kepada kedua orang tua. Redha Allah bergantung kepada redha dari orang tua.

4. Bernikah. Ini juga salah satu cara untuk membuka pintu rezeki, kerana dalam menikah ada keberkahannya.  Jika seorang suami dan isterinya berdo’a, apalagi di pertengahan malam, maka Allah pun berfirman, “Dia malu tidak mengabulkan doa pasangan suami isteri tersebut, atas dasar inilah menikah mampu membuka pintu rezeki, maka yang belum menikah, menikahlah.

5. Banyakkan BerIstighfar. Selain akan menghapuskan dosa-dosa kecil, juga akan membuka pintu rezeki.

6. Membaca selawat. Keistimewaan membaca selawat salah satunya adalah dapat membuka pintu rezeki, kerana kemuliaan baginda nabi Muhammad SAW.

7. Banyakkan Sedekah. Sedekah merupakan kunci yang paling utama untuk membuka pintu rezeki. 
Selamat mempraktikkan, semuanya bergantung kepada diri kita masing-masing. Jika kita boleh mempraktikkannya dalam kehidupan kita sehari-harian, in syaa Allah dengan izin Allah SWT, rezeki kita akan dibukakan, dilancarkan dan dimudahkan.  





Panduan berharga di saat terhimpit dengan masalah ekonomi sekarang...








Bersyukurlah...












No comments:

Post a Comment

Popular Posts