Sunday, 4 September 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (10) - Sightseeing Osaka (1) Doutonbori - Takoyaki

Setelah berehat, refresh mandi dan solat, kami pun mengatur langkah keluar ke Doutonbori.. kitorang nak pegi sightseeing hari ni... seterusnya, biarlah gambar yang berbicara ye...








akak beli pas subway, valid untuk 2 hari, harganya mahal jugak... 4,000JPY hugghhhh... kat sini memang semuanya mahal.









Akak perhatikan, memang di Jepun ni, kebanyakan diorang menggunakan payung yang transparent ni..


Ada pulak kawan yang nak mencari gadget dalam kedai ni.. akak tunggu di luar je.. takut terrr..shopping pulak.. ooppsss! :))



Sedang kami mencari halal restaurant di sekitar kawasan ini, ternampak pulak kedai yang menjual Takoyaki ni. Cik tour guide beritahu takoyaki yang ini sangat sedap. So, akak pun nak try lah..

Elok dihulur je pada akak, dengan tak sabarnya...akak terus masuk kan seketul ke mulut... mak aiiihhhh... tolongggg.. melecur lidah ku! terhambur keluar balik... huhuuu... rupa-rupanya takoyaki ni lama panas di dalam nya... awat lah cik tour guide tak habaq kat cheqqq.. benda tu kena bagi sejuk sikit dulu... jakun aihh.. buruknya perangai akak ek! :))

Bila dah sejuk sikit, akak rmakan takoyaki tu..pergghhhhh... sedapnya!













Okeyyy.. ini dia restaurant yang kami cari-cari tu... Kenny Asia. Owner nya berasal dari Penang, Malaysia tau.. telah berkahwin dengan wanita Jepun.



sementara menanti makanan yang di order siap dimasak, kami dihidangkan dengan keropok dulu..


Yes..yesss..dah siap. Sebenarnya kami semua dah lapar nasi.! hahahaaaaa...







Ok, lepas makan... dengan rasa cukup puas hati dengan masakan yang sedap tu, kami pun balik ke apartment untuk berehat.

Jumpa lagi !



Saturday, 3 September 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (9) : Kyoto - Osaka

Day 7 (7/4/2016)

Bangun awal pagi ni untuk bersolat subuh. Terkejut tengok Shakiro dah terjongol macam tok pekong siam duduk kat living room, dia memerhatikan je kitorang ni dok keluar masuk pegi toilet dan shower room. Semalam dia ada tanya akak kenapa kitorang ni mandi banyak kali. Terkebil-kebil mata ku nak menjawabnya. 

Pagi ni baru akak nampak , dia ada letak notis kat depan shower room "1 shower per stay".. haahhhh ??? apa ni? tau lah ko tu pengotor, ajak orang sama-sama pulak macam dia. Katanya lagi pada akak semalam..bil air dia melambong tinggi... oh well.. dalam hati akak jawab.. that is not our problem kann.. kita dah bayar sewa bilik mahal tu.. dah lah bilik sempit, nak bercakap pulak, kena berbisik.. argghhhh..stress!

Kul 6 pagi kitorang check out. Wah, sukanya si Shakiro tu tengok kitorang nak check out dah.. hmmm..memang teruk betul, takkan ku rekomen langsung hostel ni..

Dalam hujan renyai-renyai kami menarik beg beg berat kami ni sambil memikul sebeban lagi di belakang dari Kyoto Hostel ke stesen bas. Agak heran jugak, setiap kali kami check out pada pagi-pagi buta tu, mesti hujan. Asal hujan je, mesti kami nak check out... hahahaaa..


Sampai di Kyoto Station, tiba-tiba cik tour guide kami baru ingat yang dia dah tertinggal 1 beg di bus station dekat hostel tadi. Apa lagi menggelupur ler.. kesian dia, terpaksalah dia gi ambik, sementara tu akak tunggu aje di Kyoto Station dengan beg dan barang-barang kami tu. Makan masa dalam sejam jugaklah untuk dia sampai balik. 

Member akak yang 3 orang lagi tu akan fly balik Malaysia hari ni. So, tadi diorang terus beli tiket ke airport Kansai, Osaka. Tak boleh nak sekali dengan kitorang sebab takut lambat, terlepas flight pulak nanti. Tinggallah akak 2 orang dengan cik tour guide yang comel tu. 

Oh ye, kami sebenarnya nak kena jemput 2nd group yang datang untuk pakej Kyoto-Osaka-Kobe-Nara. Ingat tak yang akak ada cerita awal-awal dulu yang akak ni sebenar nya dari 1st group (Tokyo-Mount Fuji-Kyoto), tapi lepas tu sambung join 2nd group pula sebab nak cover Osaka-Kobe-Nara pulak, yang mana dalam pakej untuk 1st group tu tak pegi. 

Ok, kami beli tiket untuk menaiki train express untuk sampai ke Kansai airport, harga tiket 1,880JPY ... beli di kaunter tiket.


Tiba-tiba masa dalam train bila konduktor check tiket, kami disuruh bayar lagi 970JPY. Dengan komunikasi macam ayam itik tu, kami bayar je lah.. Sabar je lah kannn...


Seronok naik train laju ni, cuma tak dapat menikmati pemandangan dengan jelas. Selang lagi 2 station rasanya, nak sampai ke airport Kansai.. tiba-tiba train kami terhenti. Ada announcement dalam bahasa jepun, kami yang terpinga-pinga tak paham ni panik jugak tengok penumpang semua keluar train laju tu. Kami pun keluarlah dan mencari sesiapa untuk bertanyakan apa yang berlaku.

Rupa-rupanya ketika itu angin ribut taufan sedang melanda, sebab itulah perjalanan keretapi laju tu terpaksa dihentikan dan kami disuruh menyambung perjalanan ke airport dengan menaiki shuttle bas nya. Akak agak panik jugaklah waktu itu. Kami pun bergegas berjalan ke tempat bas, tapi harus beratur pula memandangkan ramai yang terkandas di situ dan shuttle bas pun tak banyak.



Alhamdulillah, akhirnya sampai ke airport..



Sementara menunggu, cik tour guide mencari 2nd group nya yang dah sampai awal tadi, akak pun meninjau-ninjau dekat kawasan sekitarnya.. hmm.. leka pulak tengok orang-orang tu prepare makanan.


Bila dah jumpa dengan yang 2nd grup tu, kami pun mengatur langkah nak naik train, tapi rupanya angin ribut taufan masih lagi melanda dan sekali lagi kami disuruh naik shuttle bas dan sebelum tu terpaksa beratur panjang juga. 

Sepanjang naik shuttle bas tu, tak dapat dibayangkan macamana seram rasanya perasaan akak ini ketika melalui jambatan yang panjang, bas seakan-akan terangkat, bagai ditarik ke tepi, tak dapat dikawal lagi ditolak oleh angin ribut tu. Ditambah lagi, di kiri kanan jambatan tu adalah laut...huiiii..memang seram sangat. Kedengaran ramai yang menjerit ketakutan dalam bas tu.  Dalam hati akak memang sentiasa berzikir saja, muka dah pucat lesi rasanya...

Alhamdulillah, akhirnya... selamat sampai ke bandar Osaka dan dari situ kami naik train untuk sampai ke tempat penginapan kami.

Untuk penginapan kami di Osaka, cik tour guide telah menyewa satu apartment untuk kami berlima. 








Ok, kami yang sangat keletihan ini ingin berehat dulu ye... 
petang nanti baru kluar gi Doutonbori.

Sambung lagi story nanti!



Friday, 2 September 2016

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Dari Ibnu Umar, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (HR Ahmad No: 5879)

Pengajaran:

1. Perbanyakkan amal soleh setiap waktu disamping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
“Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (Dan malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Qur’an:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).
.
2. Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)
.
3. Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyakkan amalan pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah
.
4. Marilah kita rebut peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah bermula maghrib petang Jumaat. Kita mulakan dengan memperbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir, memperbanyakkan puasa sunat, sedekah dll.
.
5. Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat Arafah, perbanyakkan doa semasa di Arafah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban.

Semoga ianya bermanfaat...


Popular Posts