Showing posts with label melancong ke Batam. Show all posts
Showing posts with label melancong ke Batam. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Melancong Ke Batam Kepulauan Riau (Part 3)

Melancong Ke Batam (Part 3)

Setelah perut sudah diisi dengan lunch di Hotel Pacific Palace tadi, kini agenda kami seterusnya ialah melawat ke Panti Asuhan al-Hidayah, Batam.

































Setelah itu, kami dibawa pula melawat ke Jambatan Barelang.
Jambatan Barelang ini telah menjadi ikon Kota Batam, bahkan juga popular sebagai landmark Pulau Batam.











 Waahhh... banyaknya gerai yang jual jagung bakar. Akak pun teringin nak makan jagung pedas. Jagung ini berharga Rp. 8,000 sebiji.


air pucuk harum?
lihatlah... air minuman keras dijual di kedai tepi-tepi jalan aje..
 



Udang goreng tepung. Ada 5 - 6 ekor udang uang dicucukkan pada sebatang lidi, dijual dengan harga lebih kurang RM2 (tak ingat pulak rupiah nya). Ketam goreng itu pula memang tak ingat langsung dah harganya...



Apa yang menarik pada si penjual rojak gendut ini?
Haaa... sebenarnya penjual rojak ini bergelek menggoyangkan badannya semasa menyediakan rojak, hingga terleka pulak akak menyaksikan aksi nya.

Rojaknya dijual dengan harga Rp.20,000 sebungkus.




Selepas itu, kami bertolak balik ke hotel...

Malam, acara bebas, kami keluar berjalan-jalan di sekitar hotel. Terdapat banyak kedai yang masih dibuka. Kami hanya melihat dan survey dulu barangan yang dijual. Selepas itu kami langsung ke kawasan yang menjual kerepek dan buah-buahan.


Murah jugaklah harga kerepek ni...bagi setengah kilo..

Antara yang akak beli...

Mini popia - Rp. 40,000 
Kerepek pisang tanduk - Rp. 40,000
Kerepek pisang yang panjang - Rp. 30,000
Kerepek sayur bayam - Rp. 30,000



haaaaa... yang dah dalam peket tu, semua hakak punya ye... :))



Ini ialah buah-buahan yang telah dikeringkan dan juga dijerukkan...





Geramnya tengok buah-buah mangga yang besar-besar ni... 
manis madu pulak tu yang hijau ni.. memang peberet akak.


So, beli 3 biji mangga yang hijau dan sebiji besar mangga yang kuning tu, suruh dia potong kan sekali untuk makan di hotel nanti.


Tangan dah penuh di kiri kanan dengan kerepek-kerepek dan buah-buahan, 
apa lagi ... baliklah ke hotel... sudah-sudah lah tu shopping untuk malam ni ye.. :))



Jommmm.... jommm.. jommm.. balik hotel...


--> next <--




Wednesday, 10 June 2015

Melancong Ke Batam Kepulauan Riau (Part 1)

Melancong Ke Batam (Part 1)

Sebenarnya, akak hanya menemani ibu akak (tak berapa sihat) yang sudah mendaftar dan bayar untuk mengikuti rombongan Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat itu ke Batam, Indonesia.. kiranya akak ni tumpang semangkuk je lah, tapi tetap kena bayar okeyyhh :) 




Kami berlepas dengan menaiki bas yang telah disewa khas oleh persatuan, pada hari Jumaat, 5/6/2015 jam 10.30 malam. Rombongan kami seramai lebih kurang 88 orang (2 bas) itu, 80% daripadanya adalah agak berumur semua. Seronok jugak melihat gelagat mereka ni.. apa taknya.. ada yang giler berkaraoke dan ada yang berjoget.. heheeee... suka-suka je lah.. dia orang kata, nak hiburkan hati... :))





Di dalam bas, kami diberi percuma dengan 2 biji muffin setiap orang bagi mengalas perut jika lapar. Terima kasih pada yang telah sponsor tu. Kalau tak silap telinga akak ni dengar lah, yang sponsor tu ialah kakak ipar Datuk Ali Rustam sendiri. Dengarnya, ramai juga daripada ahli grup ini orang Umno gituuu... 
Driver bas kami berhenti beberapa kali bagi membolehkan 'makcik-makcik' dan 'kakak-kakak' tu membuang air..


Dah sampai ke check point Johor Bahru. Semua kena turun dan tarik beg masing-masing. Berpeluh jugalah akak sebab kena tarik 2 beg tu.. beg sendiri dan beg mak sekali..


Ada juga yang menukar duit rupiah di situ




Ada seorang ahli yang telah tertinggal paspot nya di rumah. Kecoh jugaklah sikit..
Kesian betul.. sebab dah sampai ke Johor Bharu, baru sedar. Puas dia menggeledah beg baju nya di situ, tetap tak jumpa. Dia kata mungkin dalam beg lagi satu sebab malam semalam nya dia tukar beg. Begitulah..kalau tak ada rezki nak pergi. Terpaksalah dia balik ke rumah aje..



Seterusnya, rombongan kami diberikan hadiah sebuah bagpack oleh Melaka Holidays dan sebuah buku eksklusif "Meniti Keindahan Masjid-Masjid Melaka" yang mempunyai 187 mukasurat yang penuh dengan gambar-gambar masjid bagi seluruh Melaka. 

Cenderahati ini adalah dari Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka). Sebenarnya, tiket feri bagi kesemua ahli grup kami telah di sponsor oleh beliau dengan menggunakan Melaka Holidays Tours. Ini adalah projek pertama beliau bagi Persatuan Ibu Tunggal.




Kata aluan Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka)




Seterusnya, selepas urusan kastam dan tiket feri selesai, kami pun turun untuk menaiki feri menyeberang ke Batam.


Perjalanan dengan feri ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit...





Air minuman diberikan percuma... tapi kalau nak maggi cup, kena belilah dengan harga RM5 satu cup...



Rombongan kami mendapat liputan dari berbagai press serta media eletronik..


Ceh waaahhhh.. akak kita ni posing maut nampak... jangan marah! :))



Subhanallah... Indahnya pemandangan...
Di sebelah kiri adalah pulau Riau dan di sebelah kanan adalah Singapore.



Alhamdulillah, dah sampai ke Sekupang Ferry Terminal, Batam..







Akak ni nampaknya tak sempat nak snap banyak gambar sebab sebok dengan beg-beg dan juga membantu mak ke hulu ke hilir... huhuuuu...


ok, sambung lagi nanti... 
nak kena gi clear imigresen/kastam pulak ni... 


--> next <--




Popular Posts