Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Tuesday, 11 April 2017

Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort (1)

Jom jalan-jalan tengok kampung... 
Cantik warna langit di petang ni...




cantiknya nampak kabus-kabus kat atas tu..
dah rasa macam kat Kundasang pulak, ewahhh memandai je.. 
Kundasang pun tak pernah sampai lagi.. heheee..



Dah agak jauh berjalan, masih tak nampak bayang kedai pun lagi, yang kami jumpa ialah kebun pokok buah markisar. Wahhh.. besar-besar buahnya. Bila buah ni dah masak ranum, warnanya ialah purple. Rasanya masam-masam sikit, memang sedap. Pekerja kebun-kebun di sini pula terdiri dari orang indonesia semua. 

Selain tu, kami juga nampak banyak banglo dan villa persendirian di sini. Mengikut kata seorang pekerja yang kami temui di tep jalan, banglo besar yang tersergam indah di depan kami tu ialah rumah seorang yang bergelar Tan Sri, yang mempunyai kilang minyak kelapa sawit, cuma datang ke situ pada hujung minggu. Maknanya sebagai rumah persinggahan saja.


Wahai brader penyelia Saufiville Resort, tadi kata kedai tak jauuhhh.. tapi kitorang dah puas menapak turun bukit ni, tak nampak-nampak pun lagi.. mak aihhh.. maknanya jauh lah tu... hmmm.. akhirnya, hahahaaaa.. kawanku selamba je menahan sebuah kereta orang tempatan.. nak tumpang naik ke atas untuk ambik kereta kitorang... backpackers have have kannnn.. hik hikk :))


ahaaaa.. dah sampai kat town Janda Baik ni.. 
Lepak lah minum-minum ABC sambil makan buah-buahan. Kawan ku pulak order cekodok.. memang best makan pana-panas dan rangup ni.. Tetiba, datang sorang pakcik ni menegur kami yang sedang minum, orang kampung tu lah.. peramah orangnya. Borak punya borak, aku pun tanya tentang keluarganya.

Kesian dia, dah lebih 35 tahun tinggal berseorangan di kampung tu... semenjak berpisah dengan isterinya. Anak-anak pulak langsung tak pedulikannya... sedih dengar ceritanya, menyesal pulak ku tanya.. ehh, leka berborak hingga lupa plak nak ambik gambor pakcik tu..



Bila dah hampir nak senja, kami ke Restoran al-Hidayah yang telah di rekomen oleh pakcik tu tadi untuk tapau makanan untuk dinner malam nanti.. memandangkan kami masih kenyang lagi sebab baru lepas minum petang tadi.


Sebelum melangkah masuk ke restoran, aku bersama sorang lagi teman, meninjau ke seberang jalan sebab nampak ada air terjun. Wahhh, tempat rekreasi rupanya.... ada chalet dan tempat BBQ sekali.. dinamakan tempat itu 'Riverside'.




Setelah tu, kami masuk ke restoran dan tengok menu nak order untuk di tapau. ehhhhh.. ada pulut mangga lah.. kena rasa ni, sedap ke tidak. ok lah, order air sekali.


Bila pulut mangga sampai... 
memasing punya makannnnn...
Perggggggghhhhhh... sedapppp nyer!!!


Ok, dah siap makanan yang dipesan tadi.. jom balik cottage. Dalam kereta on the way balik.. oouuuuuu.. bau wangi masakan seakan menusuk-nusuk lubang hidung kitorang.. hahahaaa..

Lepas solat, kami santap. mmm.. yummy.. Memang sedap masakannya. haaa.. yang ni, ntah apasal aku malas nak snap gambar.. sebab dah start bukak bungkus makanan, tangan pun dah berminyak rasanya.

Dah kenyang, kitorang lepak-lepak sambil belajar buat photobook. Aku tak brapa concerntrate sebenarnya, sebab lampu kuning.. malap je... aku kurang suka. 

Apa lagi nak buat, laptop bawak.. ingat nak buat keje sikit, tapi tak dapat line internet...  so, tengok movie kat tv je lah.. sambil-sambil tu, ku tengok ke atas siling.. ehh cantiklah.. hahaaa.. tak sedar bila ku terlena di ulit mimpi.. zazzzz :)




--> [Next] <--



Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog ni. Story trip London-Turki-Iran pada Januari lepas pun masih terbengkalai lagi.. baru satu pertiga siap, tak tau lah bila dapat disiapkan sepenuhnya.. Alamak, teringat pulak lagi.. story trip New Zealand yang 14 hari pada September tahun lepas pun, baru satu pertiga yang siap... aduhai aduhaiiii... huhuuuu... 

Dalam kesibukan menguruskan kerja yang berlambak-lambak yang kadang-kadang membuatkan hidupku semakin stress, tiba-tiba travel buddies ajak gi Janda Baik for the weekend getaway, iaitu minggu lepas. Wahhh.. melompat ku kegumbiraan! :))


Perjalanan kami ke destinasi ambil masa tak sampai satu jam pun. Dekat benar... dan senang cari, ikut signboard je. Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari.. Saufiville Resort, tempat percutian hujung minggu kami ini terletak tinggi atas bukit, iaitu 1860 ft.above sea level.





Kereta di park di depan sebuah banglo mewah. Berdiri seorang lelaki di situ tersenyum memandang kehadiran kami sambil menyapa.. rupanya, dia ialah penyelia di situ. Sempat jugak kami meninjau kawasan pool dengan pemandangan yang sangat awesome tu!


Selepas tu, kami dibawa ke tempat penginapan yang telah ditempah awal iaitu Rose Cottage. Tempatnya tak jauh dari banglo tadi. Wahhh... cantikkkk.. I loike! :))






Masuk ke dalam je, terus nampak katil di sebelah kiri (katil king size tu), kalau ramai, boleh minta tambahan tilam. Cottage ni boleh memuatkan lebih kurang 5-6 orang dengan selesa sebab kawasannya luas. 

Ruang rehat, dapur dan bilik air terletak di sebelah kanan. Melihat ke luar di bacony, teruja terus.. begitu mendamaikan suasana nya. Banyak oksigen untuk disedut...

Sewa sebuah Cottage Rose ini ialah RM500+ untuk satu malam.









Setelah brader ni settle apa-apa yang patut untuk bagi tau kami.. hmmm.. apa lagiiii.. semua sibuk bergambor lah jawabnya..







Ok, dah selesai berposing, baru bukak lunch yang telah dibeli bungkus awal tadi. Sebenarnya itu ialah brunch.. ada nasi lemak dan nasi ayam...


Wahhhhhh... apa criter ni? 
ini macam kaaa... cik kak kita ni...
hahahaaaaa... dah kenyang, apa lagi.. landing lah jawabnya...
memang best kat balcony ni, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. zasssssssss... hanyutttt sudah.. :))


Dah berehat dan solat, kami pun bersiap nak keluar, berjalan-jalan turun ke bawah untuk meninjau-ninjau 'town' Janda Baik ni. Brader tu kata tadi tak jauh jalan kaki.

Eh, posing dulu jap ye.. sebab tadi belum bergambor di luar ni...




eh ehhh.. rajinnya adik kita ni menyiram bunga..


Okeyyyy... jom ikut jalan kaki turun bukit...



--> [next] <--



Monday, 14 May 2012

SLIDE SHOW - CUTI-CUTI MALAYSIA - PANTAI TIMUR





Cuti-Cuti Malaysia Pahang (Kuantan, Tanjung Api- & Pekan) Slideshow: Emie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Kuantan was created by TripAdvisor. See another Kuantan slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


               



Cuti-Cuti Malaysia Pahang (Cherating) Slideshow: Emie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Cherating was created by TripAdvisor. See another Cherating slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

    




Cuti-Cuti Malaysia Pahang (Tasik Chini) Slideshow: Emie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Kuantan was created by TripAdvisor. See another Kuantan slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

  



Cuti-Cuti Malaysia Terengganu (Pulau Duyong) Slideshow: Emie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Terengganu was created by TripAdvisor. See another Terengganu slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.



   


Popular Posts