Tuesday 11 April 2017

Weekend Getaway at Janda Baik-Saufiville Resort

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog ni. Story trip London-Turki-Iran pada Januari lepas pun masih terbengkalai lagi.. baru satu pertiga siap, tak tau lah bila dapat disiapkan sepenuhnya.. Alamak, teringat pulak lagi.. story trip New Zealand yang 14 hari pada September tahun lepas pun, baru satu pertiga yang siap... aduhai aduhaiiii... huhuuuu... 

Dalam kesibukan menguruskan kerja yang berlambak-lambak yang kadang-kadang membuatkan hidupku semakin stress, tiba-tiba travel buddies ajak gi Janda Baik for the weekend getaway, iaitu minggu lepas. Wahhh.. melompat ku kegumbiraan! :))


Perjalanan kami ke destinasi ambil masa tak sampai satu jam pun. Dekat benar... dan senang cari, ikut signboard je. Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari.. Saufiville Resort, tempat percutian hujung minggu kami ini terletak tinggi atas bukit, iaitu 1860 ft.above sea level.





Kereta di park di depan sebuah banglo mewah. Berdiri seorang lelaki di situ tersenyum memandang kehadiran kami sambil menyapa.. rupanya, dia ialah penyelia di situ. Sempat jugak kami meninjau kawasan pool dengan pemandangan yang sangat awesome tu!


Selepas tu, kami dibawa ke tempat penginapan yang telah ditempah awal iaitu Rose Cottage. Tempatnya tak jauh dari banglo tadi. Wahhh... cantikkkk.. I loike! :))






Masuk ke dalam je, terus nampak katil di sebelah kiri (katil king size tu), kalau ramai, boleh minta tambahan tilam. Cottage ni boleh memuatkan lebih kurang 5-6 orang dengan selesa sebab kawasannya luas. 

Ruang rehat, dapur dan bilik air terletak di sebelah kanan. Melihat ke luar di bacony, teruja terus.. begitu mendamaikan suasana nya. Banyak oksigen untuk disedut...

Sewa sebuah Cottage Rose ini ialah RM500+ untuk satu malam.









Setelah brader ni settle apa-apa yang patut untuk bagi tau kami.. hmmm.. apa lagiiii.. semua sibuk bergambor lah jawabnya..







Ok, dah selesai berposing, baru bukak lunch yang telah dibeli bungkus awal tadi. Sebenarnya itu ialah brunch.. ada nasi lemak dan nasi ayam...


Wahhhhhh... apa criter ni? 
ini macam kaaa... cik kak kita ni...
hahahaaaaa... dah kenyang, apa lagi.. landing lah jawabnya...
memang best kat balcony ni, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. zasssssssss... hanyutttt sudah.. :))


Dah berehat dan solat, kami pun bersiap nak keluar, berjalan-jalan turun ke bawah untuk meninjau-ninjau 'town' Janda Baik ni. Brader tu kata tadi tak jauh jalan kaki.

Eh, posing dulu jap ye.. sebab tadi belum bergambor di luar ni...




eh ehhh.. rajinnya adik kita ni menyiram bunga..


Okeyyyy... jom ikut jalan kaki turun bukit...



--> [next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts