Wednesday 22 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (4) : London, YHA Hostel

Kami sampai ke station Canada Water. Keluar dari station, mak aiiii.. sojuk nyerrrrr... naik beku sebab kat situ berangin kuat. Kami agak lost jugak untuk pergi ke hostel yang dah di book tu. Tengok map, macam tak jauh jugak dah, tapi dengan beg yang berat dan cuaca begitu... hohoooo.. NO..NO... tak boleh.. Nak tak nak, kena panggil uber jugak sebagai penyelamat..



Kereta uber dah sampai. Sambil mengisi beg-beg kami ke dalam keretanya, driver tu membebel.. sebab beg kami banyak. Dia kata sepatutnya mintak kereta yang besar lagi. Kitorang buat bodoh jer.. hahahaaa..



Kitorang dah book YHA Hostel. 
Melilau jugak lah driver uber mencari tempat tu...



Dah sampai... YHA Central London yang terletak di 104 Bolsover St, Fitzrovia, London W1W 5NU, UK. Punyalah ketaq nya nampak hostel.. tapi kan.. tapi kan.. kitorang ni belum boleh masuk bilik lagi... sebabnya.. huhuuu.. hotel pertama yang akan kami stay di London ini ialah di Liverpool nanti. Kami akan menaiki bas malam dengan bas Megabus ke Liverpool.

Bermakna, sudah 2 hari kami bergelandangan! 
Ooohhh.. what a feeling! dengan 2 hari tak mandinya lagi.. nasib baik lah time winter, tak lah berbau sangat masamnya... hihihiiii...




Meriahnya reception.. beraneka makanan jual atas meja tu :))

gambar ni ambik dari google


The Quays ni ialah bilik rehatnya serta ada small kitchen..


Di YHA hostel ni, kami sewa 1 locker dan sumbatkan semua beg besar kat situ. Kadar sewanya ialah 2 pound sehari, so kita bayar 6 pound terus untuk 3 hari. Boleh sangatlah tu kan.. setiap kitorang cuma bawak 1 backpack sedang je, cukup untuk persalinan selama 3 hari 2 malam nanti semasa bermalam di Liverpool dan Manchester.


Ok, siap... lets go..


ke mana kita? jom ikut...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts