Monday 16 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (24) : Cappadocia - Hisaronu Seramik Art Galeri

Hisaronu Seramik Art Galeri


Kami bergerak meninggalkan Pigeon Valley untuk ke Seramik Art Galeri pula yang terletak di Avanos Village...


Hisarönü Seramik Art Galeri is one the best arts near Ürgüp located at Tekelli, 50240 Uçhisar/Nevşehir Merkez/Nevşehir, Turkey. 


Sejurus sampai kat depan main entrance seramik art galeri ini, mata ku melilau melihatkan hasil kraf tangan seramik turki ini. Nampak sungguh unik sekali.. Setelah memasuki pintu utamanya, mata ku dihidangkan lagi dengan berbagai hasil senitangan seramik mereka yang digantungkan pada dinding.



ruang lobi nya..


cantik lampu ni kan..


Grup kami dibawa  memasuki satu ruang yang mana ianya merupakan tempat mereka menerangkan proses pembuatan seramik mereka. Sambil memberi penerangan, kami dihidangkan dengan minuman apple tea.








Setelah selesai demo, salah seorang dari ahli grup kami diberi peluang untuk mencuba membuatnya... Seluar merah tu diberi untuk sarungkan seluar, agar tak kotor seluar bro tu nanti. 

Amacam, senang ke bro? :))


Setelah selesai sesi penerangan, kami dibawa ke ruangan besar di sebelah iaitu showroom nya. Tiada gambar hasil kraf seramik yang dapat diambil gambar kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar hasil kraf mereka. 






Ke mana lepas ni?


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts