Saturday 7 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (19) - Cappadocia - Carpet Factory

Carpet Factory di Cappadocia

Setelah agenda ke Urgup dan Fairy Chimney tadi, seterusnya kami dibawa melawat ke carpet factory pula. Kedengaran suara-suara yang mengeluh di dalam bas menyatakan mereka tak nak masuk ke carpet factory tu. Sebenarnya bagi syarikat tour, adalah wajib bagi mereka membawa tourist melawat ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka. Jika engkar dengan perintah, lesen perniagaan mereka akan digantung.






Di sini grup kami diberi penerangan tentang proses pembuatan handmade carpet ini bermula dari bagaimana benang sutera dihasilkan dari ulat sutera ini.


salah seorang penenun carpet memberikan senyuman...



Setelah selesai penerangan diberi, acara selanjutnya adalah acara 'membentang carpet'... hahahaaa.. time ini lah macam semua orang nak melarikan diri, takut dipaksa beli carpet..hihiii :)) 

Sambil-sambil itu, kami dihidangkan dengan minuman apple tea.





carpet dihamparkan satu persatu kini..


Jangan terperanjat kalau saya beritahu yang harga handmade carpet sutera design (A) ini tapi saiz sekecil gambar (B) ini ialah usd4,000 !!!

(A)

(B)

Rasanya macam ada seorang je yang beli carpet kecil.. Setelah tu, kami pun keluar untuk menaiki bas lagi..







Ke mana lepas ni?

ooohhhh... kami akan ke The Underground City pula.. 
tempat yang ku tunggu-tunggu.. excited nak explore dalam tu..


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts