Sunday 1 January 2017

Salam Travel

Sejak awal pengajaran Islam lagi, manusia telah digalakkan untuk mengembara bagi menimba ilmu pengetahuan. Manusia disuruh melihat alam yang dijadikan oleh Maha Pencipta dalam pelbagai rupa dan bentuk, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu serta berkenalan antara bangsa dan sebagainya. Ianya adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan manusia tentang kehidupan ini dan memperbesarkan kekaguman kita terhadap ciptaan Allah SWT.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, segala yang diciptaNYA itu bersebab.



Mari kita lihat beberapa ayat Al-Quran yang menyentuh tentang musafir atau mengembara... 

Surah Al An'am (6: 11) 
"Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''


Surah An-Naml (27: 69) 
"Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.


Surah Ar-Rum (30: 42) 
"Berpergianlah kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang yang mempersekutukan (Allah)."


Surah Al-Hajj (22: 46)
Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? 

Sebenarnya bukan lah mata itu yang buta, tetapi hati itu lah yang buta. 


Surah Al Mulk (67: 15) 
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.


Di dalam Al-Quran, terdapat lebih daripada satu ayat yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

Daripada ayat-ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT menggalakkan manusia itu supaya pergi bermusafir atau mengembara, berkelana ke setiap pelusuk dunia bagi menambahkan keimanan kepada Allah SWT.


Ketika bermusafir, kita menggunakan nikmat pancaindera.. seperti pendengaran, penglihatan dan hati untuk mengakui kekuasaan dan kebesaran Tuhan.

Ketika bermusafir juga, doa anda amat mustajab!


Imam Shafie menjelaskan bahawa setiap orang yang bermusafir akan mendapat 5 kebaikan iaitu:

  1. Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.
  2. Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.
  3. Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.
  4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.
  5. Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.


Oleh itu, mengembara dan bermusafir lah agar dapat kita merasai nikmat kekuasaanNYA...


* Bolehkah wanita bermusafir TANPA mahram? klik SINI




No comments:

Post a Comment

Popular Posts