Showing posts with label interesting places to visit in cappadocia turkey. Show all posts
Showing posts with label interesting places to visit in cappadocia turkey. Show all posts

Monday, 16 January 2017

Turki Ku Datang Lagi 2016 (27) - Cappadocia - Ankara (Salt Lake)

Salt Lake

Persinggahan kedua ialah Tuz Golu atau pun Salt Lake. Ketika kami sampai ke Salt Lake ni, cuaca hujan renyai. Saya cuma turun skejap dan ambik gambar je, lepas tu cepat-cepat naik bas balik, tak masuk pun ke dalam kedai yang di belakang tu. Jadi, saya tak tahu apa yang dijual di situ. Kata kawan-kawan yang masuk, ada dijual garam tu..

Sebelum tiba ke tempat persinggahan di Salt Lake ini, saya nampak tasik yang memutih, iaitu tasik yang dipenuhi dengan garam di sepanjang perjalanan yang hampir ke situ.


Salt Lake ini sangat luas, kira-kira 1,665 ㎦ . Ianya terletak di antara jalan dari Cappadocia nak ke Ankara.


The Tuz Gölü, also called Tatta in antiquity, is a closed-end lake surrounded by plateaus. He sources that feed the lake are insufficient, the river Melendiz (Aksaray) and river Pecenekozu (Sereflikochisar).



Nampak tak yang 2 orang berpayung tu? 
Mereka berjalan ke Tasik Garam.. tiada apa-apa yang menarik di situ melainkan berjalan di atas garam! :)



Ok, selepas ini, kami akan ke restaurant untuk mengisi perut yang dah berkrook krook semua :))


Lunch di Ayranci









lunch hari ni boleh tahanlah.. sedap jugak cuma tekak saya ni tekak pedas, maka kepuasan tu tak ada lah.. hihihiii...




shopping turkish delight..
Saya baru prasan ada sekeping gambar ini je yang saya ambil di kedai tu walhal kedai tu besar dengan berbagai barangan termasuk souvenirs.. haaaa.. sebab tu lah agaknya yang membuatkan saya leka memilih barangan untuk souvenirs :) sampai tak sedar yang saya tak ambik gambar...


Saya cuma membeli 2 jenis turkish delights ini saja untuk dibawa balik, sebab ianya kurang manis. Saya memang tak tahan kalau manis sangat.




Ok, teruskan lagi perjalanan ni, tak lama dah nak sampai Ankara ni...


--> [Next] <--



Turki Ku Datang Lagi 2016 (26) - Cappadocia - Ankara (Caravan Serai)

Caravan Serai



Pagi ni selepas breakfast, kami check out dari Hotel Gold Yildrim yang kami stay selama 2 malam selama berada di Cappadocia ini. Kami harus check out awal pagi kerana perjalanan yang panjang, kira-kira 5 jam untuk sampai ke Ankara. Kami juga akan singgah ke beberapa tempat dalam perjalanan tu nanti yang pastinya akan mengambil banyak masa nanti.





Persinggahan kami yang pertama ialah Caravan Serai yang sepatutmya kami singgah dalam perjalanan sebelum kami hampir tiba ke hotel kami di Cappadocia, tapi disebabkan kami sampai ke kawasan itu dah lewat dan gelap, kawasan itu telah pun ditutup untuk pengunjung.


Caravan Serai

Caravan Serai adalah suatu tempat bagi pedagang-pedagang mereka berhenti untuk berehat selepas perjalanan yang panjang membawa barang dagangan, tapi cuma untuk semalam dua. Di tempat ini disediakan bilik rehat, restaurant serta tempat untuk tidur. Setiap mereka dibenarkan tinggal di sini tidak lebih dari 3 hari saja.

Di kawasan luar bangunan adalah tempat untuk meletakkan caravan serta kuda mereka. Pedagang ini akan merehatkan  kuda mereka dan memberikan air minum untuknya. Di situ juga terdapat khemah serta kerusi.



CARAVANSERAIS (KERVANSARAYS) OF CAPPADOCIA

Caravanserais have been used since the 10th century. Trade across Turkey in medieval Seljuk times was dependent on camel trains (kervan, anglicized as caravan), which stopped by night in inns known as kervansaray or caravanserai , literally 'caravan palaces'. These buildings provided accommodation and other amenities for the merchants and stabling for their animals. Caravanseraies were first seen in Central Asia during the times of Caravans, Ghaznavids and the Great Seljuk State. They were building fortresses called "Ribat". These buildings, first constructed as small buildings for military uses were later developed and changed into larger buildings and were used for both religious purposes and as inns for travelers. 

Especially during the times of Seljuk Sultans Kilicarslan II and Alaaddin Keykubat I, the construction of these buildings increased after the security of the trading roads was provided by the state. The loss of the trades would be met by the states, which is accepted to be the first insurance system. During that period, both domestic and foreign trades prospered. In this way, the Seljuks, who were already economically powerful, became politically strong, too. 

In caravanserais, foreign as well as native traders, would be put up for three days. Their shoes would be repaired or the poor would be given new shoes. The ill would be treated and animals would be tended and, if needed horses would be shoed. For their religious practices, they would use the "Kosk Mescid", a small mosque, in the center of the courtyard. The "Kosk Mescid", usually located in the centre of the courtyard, was the most important part of the caravanserais. These mosques were normally built on an arched base. 

The courtyards are normally surrounded with bedrooms, depots, bath house and bathrooms. "Mangals" (braziers) or "tandirs" (oven in the ground) were used to heat the places whereas candles and lamps were used for light. All services were provided by the people working in caravanserais; e.g., doctor, imam (prayer leader), depot officer, veterinarian, messenger, blacksmith, and cook. Stones cut from the volcanic rock were used in the construction of the caravanserais in the region of Cappadocia. For defense purposes, their walls were constructed like castle walls. Some of the best examples of Seljuk stonemasonry can be seen at the entrances, called "Tac Kapi". Although dragon, lion motifs and floral designs most frequently used, in Cappadocia geometrical designs were generally preferred. The doors were made of iron.

Caravanserais were built along roads running from Antalya - Konya - Kayseri to the land of Turkomans passing through Erzurum and Tabriz and from the Black Sea region to Iraq via Amasya - Tokat - Sivas - Malatya - Diyarbakir at a distance of 30-40km, a one day camel trek. 

It is possible to see some of the most beautiful examples of caravanserais in the region of Cappadocia, especially between Aksaray and Kayseri, since it is an intersection, east to west and south to north; Sultanhani in Aksaray, Agzikarahan in Aksaray and Sarihan in Avanos. The kervansarays of Cappadocia in central Turkey were built of hewn volcanic stone, and their walls were thick and high so that they would be safe from raids by robbers. Decoration was concentrated on the great portals which display the finest examples of Seljuk stone carving. 










Ini ialah driver bas kami, Mr.Murad






 Perjalanan diteruskan lagi...



--> [Next] <--



Turki Ku Datang Lagi 2016 (25) : Cappadocia - Safari Tour

Safari Tour di Cappadocia

Pada mulanya, saya memang tak tahu bahawa safari tour ini adalah sebegini adventure dan sangat best. Apa yang saya bayangkan, bila sebut je safari, kepala saya terus membayangkan seperti di Afrika... naik jeep di kawasan lapang di mana binatang liar tidak dikurung.

Saya, sebenarnya sedikit kecewa kerana impian untuk naik hot air balloon tak kesampaian bila diberitahu yang belon tidak diterbangkan untuk hari itu oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi, apabila disarankan oleh tour guide untuk gantikan dengan safari tour ini, saya setuju je lah.. dalam hati dok cakap, daripada tak dapat apa-apa aktiviti ketika di Cappadocia ini, ambik je lah safari tour tu.. Mahal jugak harganya.. sambil bayar 100usd, mulut ni asik mengomel je.. tak puas hati tak dapat naik belon.


Sebuah land cruiser V8 bersama driver yang hensem, tersedia menunggu kami pulang dari tour dengan agenda terakhir ke Seramik Art Galeri bersama grup tadi. Land Cruiser itu dapat memuatkan 8 orang dan agak selesa juga. Perjalanan dimulakan, drive seperti biasa. Lama kelamaan makin laju, makin laju. Saya dah jadi excited sikit. Selepas tu sampai di satu selekoh, driver tu masuk ke simpang, terus drive mendaki bukit...

Rupanya sangkaan saya sebelum tu meleset sama sekali... heheheee..
woweeeee.. sangat happening safari tour ni. Tak percaya? tengoklah video kat bawah ni.. sangat berbaloi.. tak rugi langsung! :)




Apabila sampai ke tempat persinggahan yang pertama, kami diberi light refreshment.. minuman serta cake buat minum petang. Berselera sekali kami makan selepas penat bersorak, berhempas dan menjerit sikit semasa dalam perjalanan yang adventure tadi..

Bergambar bersama saya di bawah ini ialah driver land cruiser yang professional. Dia sangat cekap mengendalikan selekoh-selekoh, bukit yang curam dsb. Saya yang pada awalnya memang kecut perut dan ada masa nya pejam mata kerana tak sanggup lihat bila naik bukit yang mencanak dan turun bukit pulak. Tapi, selepas tu saya naik syok.. hahahahaaaa... I want more.. :))


Di situ jugak, ada sebuah motor ATV yang diberi kebenaran untuk kami bergambar... wahhh seronoknya.. eksyen eksyen jadi lah... at least dapat jugak kan.. kau hado? kih kih kihhh...

Saya memang suka sangat ride motor ATV ni, dah pernah ride semasa di Siem Reap, Cambodia dan Krabi-Thailand.





Selepas itu, adventure kami diteruskan lagi... yehaaa..
meh tengok video ni macamana keadaan jalan yang kami tempuhi.


Perhentian yang kedua..




Kami tiba ke Rose Valley ini...
dinamakan sedemikian adalah kerana batu-batunya yang berwarna light pink.

Subhanallah! Pemandangannya... speechless...
Syukur Alhamdulillah diberi nikmat ini.













Apabila cuaca sudah semakin gelap, kami pun beredar untuk pulang ke hotel.






Berakhirlah sudah safari tour yang sangat best ini. Rasa tak puas pulak. 
Kalau ada rezeki, pasti nak repeat lagi.


--> [Next] <--



Popular Posts