Wednesday 11 November 2015

Trip IndoChina - Zhangjiajie, China

Trip Indo-China

Day #2 (31/10/2015)

Changsha - Zhangjiajie, China.





Selamat pagi dari bumi Changsha, China yang sejuk ketika ini.. 17'C. Kami check out hotel International Youth dan mencari bas untuk ke station bas central. hmmmm.. kami melilau ke hulu ke hilir tanya orang nak ke station bas yg pergi ke Zhangjiajie...susah betul..tanya polis dia pun mcm ayam dan itik.. Semua tak reti english...sabor je lah..







Selepas bersusah payah, akhirnya sampai ke hotel. Bermula dengan cari bas station di Changsha, tanya lepas sorang..sorang..ada ulat tiket jugak keliling..last2 dapat beli 
tiket bas di tempat yang betul. Harga tiket bas ialah 100 yuan=RM67



Kebetulan, ada seorag gadis cina yang masih student, namanya Chiang atau pun maksudnya 'Rainbow' yang reti lah sikit english, dapatlah kami tanya dia sikit tentang tiket bas ke Zhiangjiajie tu. 




Kami dibawa menaiki local bus dulu dengan bayaran tiket 2 yuan, tak jauh.. dalam 15 minit je agaknya sebelum kami diarahkan turun untuk menaiki bas express ke Zhangjiajie.

yang pakai baju petak tu lah orang company bas express ke Zhangjiajie...


Perjalanan ke Zhangjiajie mengambil masa selama lebih kurang 5 stengah jam dalam cuaca yang teramat sejuk. Menggigil dalam bas dibuatnya. 










Menyesal sungguh tak bawak jaket tebal! Dah sampai di bandar Zhanjiajie, kena cari pula transport yang nak ke hotel...ini pun problem jugek. Sebelum turun, tanya pada driver bas, mcm biasa..ayam itik bagai..last2 dia tulis kat kertas..tulisan cina! Punah harapan... nasib.. nasibbb...

Nasib baik pun driver bas tu sanggup antar ke tempat teksi. Selepas tu, mulalah kami melilau lagi tanya sana tanya sini dalam cuaca yang dibawah 10'C.. bargain harga. Badan dah menggigil.. Ada yg nak 120 yuan, 100 yuan...ada pulak yang bermotor besar pun offer..dlm hati ingatkan..wah best ni dapat ride motor besar naik bukit..sekali tu..mak aiiiii..dia nak sampai 100 yuan sorang!..so I say bye2..tapi dia kejar lagi..akak geleng2 kepala je lah jawabnya. 



Last2.. dpt bargain satu teksi tu 80 yuan... Perjalanan ke hotel selama stengah jam. Driver teksi tu pulak drive mcm nak terbang! Akak dah terkejut2.. sambil pejam mata. 

Alhamdulillah.. dah check in ke Hunan Pipaxi Hotel, Zhiangjiajie... yang kami book semasa di KL lagi dengan booking.com














Hmmm..apa lagi..gosok minyak panas kat kaki lerrr.. Maklumlah..akak ni muda belia sangat :D . Esok akan menaiki gunung Tianmen.. excited pulak  bercampur berbagai prasaan gementar..


esok sambung cerita ke Tianmen Mountain ye :))



No comments:

Post a Comment

Popular Posts