Friday 13 November 2015

Trip Indochina - Journey To Nanning, China

Trip Indo-China

Day #4 

Zhangjiajie - Nanning, China

Selamat pagi dari hotel Hunan Pipaxi yang terletak dalam kawasan Zhangjiajie National Forest Park Hunan China. Sejuk mata memandang mengadap pokok sambil menyedut sebanyak mungkin oksigen segar dari lobi hotel... Akak baru tau yang di negara China ni, media sosial facebook dan instagram di block...yang boleh hanyalah whatsapp, we chat etc.. 

Pagi ni akak duduk berehat aje di ruang lobi dengan cuaca yang sangat sejuk, menggigil dibuatnya sebab masih nak merehatkan kaki yang amat penat pada semalamnya memanjat tangga dan bukit di Tianmen Mountain dan juga di Glass Skywalk. Sementara partner akak tu merayap ke forest park di sebelah hotel.


Dari malam tadi kami dok discuss tentang destinasi mana yang kami nak pergi hari ni. Last-last decide nak pergi ke Nanning sebab lepas tu boleh connect train ke Hanoi pula. Sebelum check-out hotel hari ni, kami pegi berjumpa dengan Sales Director hotel, minta tolong book kan tiket train sleeper ke Nanning. Dengan dibantu oleh Mr. Zhu Kaijiu...settle :)  Alhamdulillah, dapat sleeper train walaupun hard sleeper. Sebetulnya kami meminta yang soft sleeper, tapi apabila confirmation di print, yang ditulis di situ ialah hard sleeper. Apa nak kata lagi..terima je lah.. 



Selepas dah book tiket tu, akak pun bertanya lagi kat mana nak beli 'hot oil' maksud akak tu minyak panas untuk sapu dan urut tempat bengkak. Mr. Zhu Kaijiu terkejut. Hot oil? dia bertanya balik. Puas akak cuba explain kat dia...then dia kata "hot oil don't have but cold oil got" sambil tersengih.. akak pun cakap kat dia boleh lah... Dengan tak disangka dia bagi hadiah minyak  dan balm ni pada kami. Akak suka sangat sebab minyak sapu akak tu memang dah habis dan tak tau mana nak beli... alhamdulillah.. :))


Ni gambar Mr.Zhu Kaijiu yang akak ambik dari fb nya


Setelah tu, kami pun bersiap-siap dan check out, menunggu bas di depan hotel untuk ke central station. Harga tiket bas ialah 10 yuan.



Uniknya penyapu sampah ni... Akak perhati je perempuan tu menyapu daun-daun kering tu semasa tunggu bas di depan hotel. Penyapu tu dibuat dengan ranting-ranting kayu je.. bagus idea mereka, dpd terbuang je.


nampak smart je pakaian, walaupun penyapu sampah...


ok, bas dah sampai...


Dah sampai ke entrance railway station di Zhangjiajie.





Harga tiket train dari Zhangjiajie ke Nanning ialah 193 yuan. Print out tu harus dibawa ke kaunter di train station untuk dapatkan tiket nya seperti di bawah ni.


Nanning..here I come! Journey to Nanning begins... 16 hours tu !


Ada cerita lucu sikit akak yang nak share ni... hahahaaaa..
masa nak naik train ni di pintu tadi, kami diberi tiket lain dan tiket asal kami diambik oleh petugas tu, mukanya tak boleh nak cakap lah..masam mencuka, memanglah penghuni negara komunis bentak dalam hati ini.. 

Tengok dekat tiket tu no. 7 & 8. Bila naik je atas tengok-tengok katil 3 tingkat... dan tak ramai orang, Akak pun bercakap sendiri.. ooohhh tak ramai orang rupanya.. Kami pun ke hulu ke hilir, terpinga-pinga sebab tak tau mana satu katil kami. Ternampak 2 orang bangsa cina yang dah duduk di atas katil tengah no. 7 dan juga di no.8  . Akak pun cuba bertanya pada seorang tu...macam biasa..dia tak faham sepatah haram..huhuu.. Lepas tu akak tunjukkan tiket kami... tak pahamlah pulak dia cakap apa dalam bahasa cina tu sambil tangannya tunjuk sana sini. Last-last apa yang kami faham ialah, boleh tidur di katil mana-mana aje.

hard sleeper... katil 3 tingkat !

So, dengan senang hati kami pun pegi ke ruangan di sebelah, katil bawah sekali no. 9 & no.10 ... selfie selfie dulu dan kemudian dengan berselimut kapus tidur dengan lenanya.


Mungkin dalam sejam atau dua jam kemudian, akak terkejut dengar bunyi bising. Rupa-rupanya penumpang yang baru naik, dari station lain yang akak tak ingat nama stationnya. Kami jadi terpinga-pinga bila seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua tunjukkan tiket mereka pada kami. Hahahhaaaaa... rupa-rupanya dekat tiket tu dah ada tulis katil tingkat brapa, cuma kami tak faham bahasa cina... manyak susah woooo! Terpaksalah bangun pindah dalam keadaan kemamaian tu... Yang lelaki tua tu terus baring di katil akak tidur tadi sambil terus selimut. Akak pun terkebil-kebil je lah tengok... :))

Bila di tanya lagi pada orang lain, rupa-rupanya katil kami yang di atas sekali! tingkat 3 ! termenung jugak akak mikirkan nak panjat tinggi tu. Buat partner akak yang badan kecik molek tu memang tak ada masalah nak panjat tinggi. Tapi bagi akak ni, yang badan besar bagak...oiiiii.. termenung lama jugak pikir macamana nak panjat. Akak duduk lepak kat kerusi dulu..masa tu ramai yang duduk lepak di tepi jalan. Bila makin larut malam, semua orang dah masuk ke sarang masing-masing, akak pun terpaksalah memanjat.. dengan berbagai aksi kuak lentang dan kepayahan untuk memanjat, dahlah sempit ruangan atas tu... akak ni sebenarnya memang tak biasa panjat-panjat terkangkang kiat gitu...sabor je lah kak oiiii..

ni gambar partner akak snap curi ok..
akak tgh tidur nyenyak lepas penat panjat katil 3 tingkat..hahahaaa..


Selamat pagiiiii... masih dalam perjalanan lagi... tak sampai-sampai.. huhuuu..
Masa ni train berhenti dalam sejam di satu station besar (tak ingat nama) sebelum sampai Nanning. Punyalah tak sabar rasanya... ialah.. orang kata... ibarat dekat tapi jauh !


Apa yang akak fikirkan masa ni ialah.. alangkah tenangnya jika selalu dapat begini.. jauh berjalan luas pandangan... hilang stress kehidupan..


yeayyy..one more station to go!


Alhamdulillah... akhirnya dah sampai... I am in Nanning, China now ! :))


Ok, jumpa lagi di lain posting ye!





No comments:

Post a Comment

Popular Posts