Wednesday 11 November 2015

Trip IndoChina - Changsha, China

Trip Indo-China

Day #1 (30/10/2015)

Kuala Lumpur - Changsha, China

Kami berangkat dari KLIA2 ke Changsha pada 30/10/2015 jam 6.45 petang dengan kapalterbang AK174. Dengan doa semoga penerbangan lancar kami melangkah masuk ke perut kapalterbang airasia...



Bismillah...


lapar lah pulak.. beli Nasi Dagang.. wahh.. sedap sebab pedas!




baru tau pun ada wifi..


Alhamdulillah selamat tiba di airport Changsha pukul 11.05 malam.  Mula-mula ingatkan kami nak stay di airport saja sementara tunggu pagi nak ambil bas 5 stengah jam ke Zhangjiajie. Tetapi apa yang kami perhatikan di airport Changsha tu, tiada seorang pun yang tidur di situ dan airport nya sangat lengang di waktu itu. Rasa macam tak selamat je..



Jadi, kami ubah fikiran....cari hotel untuk stay... search kat google, dapat International Youth Hostel. Kami menaiki teksi ke hotel. Caj yang dikenakan sebanyak 50 yuan. Rupanya teksi di sana ada grill di tengah..














tangga naik ke bilik..


Ada sesuatu yang melucukan berlaku pada waktu kami nak menaiki tangga itu ke atas pada masa malam semalam... Pada waktu kami check-in lewat malam tadi, pekerja di reception adalah seorang lelaki yang tidak tahu bercakap english langsung.. memang amat payah sekali untuk communicate walaupun kami telah membuat booking online di booking.com ...tapi katanya kami tak ada booking. Lama jugalah kami tunggu kat situ untuk menyelesaikan masalah.. 

Kami ditunjukan arah ke tangga untuk naik ke atas tetapi di dalam keadaan yang gelap. Kami teraba-raba mencari tangga tak jumpa. Kami tanya dia lagi dan dia tunjukkan arahnya. Selepas tu kami suruh dia bukak lampu sebab tak nampak pun nak pijak tangga dan dia arahkan dengan tangan untuk naik. Akak cakap lagi  dengan dia..cannot see..very dark.. dia pulak hentak hentak kan kaki. Kami ingatkan dia marah naik angin, kami pun tak brani dah nak tanya, mula nak merangkak naik .. bila pijak dua tiga mata tangga, tiba-tiba lampu menyala... ohhhh..rupanya pakai sensor.. 
saborrrrr je lah haiii...


Ok, kami berehat dulu ye... letihnya!



No comments:

Post a Comment

Popular Posts