Showing posts with label visit topkapi palace in istanbul turki. Show all posts
Showing posts with label visit topkapi palace in istanbul turki. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (3) - Istanbul Sightseeing, Hagia Sophia

HAGIA SOPHIA 

Hagia Sophia atau pun Ayasofea telah dibina 1500 tahun yang lalu. Letaknya adalah berhadapan dengan Blue Mosque. Memasuki gate utamanya, terus beratur di tempat tiket. Sebenarnya tiket telah kami perolehi, tapi kena scan dulu sebelum masuk ke dalam bangunan. Maka, kena lah kami beratur dulu.








tertarik dengan ukiran di tiang tu...









Memandangkan keadaan sekeliling yang penuh dengan tourist dan bising, maka alat pendengaran ini diberikan pada setiap orang untuk senang mendengar penerangan dari tour guide dan mesti dipulangkan semula ketika habis tour di situ.




Hagia Sophia merupakan sebuah gereja yang terbesar di dunia ketika ia dibina. Di ceiling bahagian dalamnya, dilukis dengan gambar jesus serta angels (ada sayap).

Apabila Hagia Sophia ini ditukarkan menjadi sebuah masjid, mereka telah menutup gambar jesus serta angels tersebut dengan plaster putih. Lukisan nama Allah dan Nabi Muhammad terpampang di ceiling.

Selepas itu, Hagia Sophia telah ditukarkan pula menjadi sebuah muzium. Maka, pakar arkeologi mereka telah membuka semula plaster putih yang menutup gambar jesus tersebut. Maka, kelihatanlah lukisan nama Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW berhampiran dengan gambar jesus serta angels.




















Saya sifatkan Hagia Sophia ini sebagai sesuatu yang sangat unik.
Seterusnya kami ke Topkapi Palace...











--> [Next] <--



Turki Ku Datang Lagi 2016 (2) - Istanbul Sightseeing, Blue Mosque

Travelog EJ -Trip Turki
25/11/2016 | Hari Kedua

Kelam kabut jugak kami dibuatnya dari tengah malam semalam, bila waktu di Turki ini telah dicepatkan 1 jam lagi kerana menurut mereka, ia adalah peralihan musim. Kami tak diberitahu sebelum itu, cuma mengetahuinya apabila kami bertanyakan tentang waktu solat subuh dan waktu di jam dinding reception yang berlainan daripada yang kami ketahui waktunya sebelum ini.

Kami check out hotel untuk pergi sightseeing Istanbul hari ini dan selepas tu, akan meneruskan perjalanan ke Bursa pula. Aku tak sempat pun untuk breakfast kerana kena keluar awal tadi dan aku tika itu pun masih confuse kan waktunya.




Tour guide memberi penerangan tentang lawatan hari ini..












Mula-mula sekali, kami akan melawat ke 3 tempat tumpuan para pelancong iatu Blue Mosque atau Masjid Biru, Hagia Sophia dan juga Topkapi Palace.














BLUE MOSQUE 


Masjid Biru atau pun nama asalnya, Sultan Ahmet Mosque adalah masjid yang bersejarah di Istanbul. Orang Turki menamakan Masjid Biru ini sebagai Sultan Ahmed Otoman dan telah dibina lebih 400 tahun dulu, antara tahun 1609 dan 1616. 

Ianya digelar sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin mosaic nya yang berwarna biru yang menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Blue Mosque mempunyai 6 minarets untuk membezakan ia dengan Hagia Sophia. Sehingga kini, Masjid Biru telah menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong ke Istanbul.












Di tingkat atas, terdapat chandeliar asal yang digantung, tetapi ianya tidak boleh berfungsi lagi, hanya sebagai hiasan, sebahagian nostalgia masjid biru ini.





















Lepas ni nak pergi money changer sekejap nak tukar duit lira...










Ok, dah siap tukar duit...
Lepas ni jom ikut melawat ke Hagia Sophia pula...








--> [Next] <--




Popular Posts