Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

Manfaat Jasmani Ketika Melakukan Solat


SOLAT DAN MANFAAT JASMANI 

Solat adalah santapan bagi jasmani dan akal secara bersamaan, memberikan kekuatan yang diperlukan muslim untuk melaksanakan berbagai pekerjaan, serta merupakan pencegahan dan pengobatan.

Diantara manfaat shalat bagi jasmani semua orang adalah:

1. MEMPERBAIKI FUNGSI JANTUNG.

2. MEMPERLEBAR PEMBULUH-PEMBULUH DARAH, SARAF DAN MEREFRESHING SEL-SEL.

3. MENGAKTIFKAN ALAT PENCERNAAN DAN MENGATASI SUSAH BUANG AIR BESAR.

4. MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH TERHADAP BERBAGAI PENYAKIT DAN PERADANGAN PADA PERSENDIAN.

5. MENGHILANGKAN KETEGANGAN DAN PENGERINGAN PADA OTOT DAN PERSENDIAN, MEMPERKUAT JARINGAN DAN MENINGKATKAN KELENTURANNYA.

6. MEMBERIKAN KECEKATAN PADA TUBUH DAN FIKIRAN. ...

Dan masih banyak lagi...





Manfaat-manfaat ini berlaku untuk siapa pun, lelaki dan perempuan, orang tua, pemuda dan juga anak-anak. Sungguh, manfaat yang begitu besar yang bisa dirasakan oleh jiwa dan raga, terlebih manfaat dan pahala besar yang Allah janjikan di akhirat kelak.


sumber



Thursday, 13 August 2015

Bersolat Dapat Membantu Masalah Sakit Sendi

Assalamualaikum...
Tak sedar je dah masuk hari yang ke 28 Syawal. Begitu pantas masa berlalu..bagaikan tak terasa.. apa taknya.. akak ni sibuk dengan tempahan kuih untuk open house  dan sibuk juga menghadiri open open house ni. Walaupun dah nak habis Syawal, masih lagi akak menerima jemputan open house ni. Pendek kata, memang naik berkilo-kilo lah jawab nya! :))

Panjang pulak celoteh akak ni...
Sebenarnya pada post kali ini akak nak share kan 1 pos yang baru akak dapat di fb tadi. Memang akak rasa bagus sangat info ini...

Subhanallah! 
Rupa-rupanya dengan mendirikan solat juga dapat mengubati masalah sakit-sakit sendi ni...

Meh kita tengok fakta ni..



Ketika Bersujud





Ketika Duduk Diantara Dua Sujud




Ketika Berdiri



Ketika Rukuk


In the state of Ruku, wrists and arms should remain stretched straight. 
They should not bend, curve or sag.



Tuesday, 10 June 2014

Niatkan 8 Perkara Ketika Berwudhuk

Assalamualaikum...

Petang ni akak nak berkongsi ilmu tentang mengambil wudhuk ini... 




Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.
"Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian Siratul Mustaqqim nanti".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,
"Ya Allah, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku".

Nota:
Jika rasa susah sangat hendak ingat semua itu, maka buat permulaan buat yang no 7 sahaja dulu pun tidak mengapa ya.

Semoga ianya bermanfaat untuk bersama.

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama.


Monday, 9 June 2014

Sujud Dalam Solat, Apa Rahsianya?

 

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.


Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”..



Popular Posts