Showing posts with label phnom penh. Show all posts
Showing posts with label phnom penh. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

Trip Indochina - Phnom Penh, Cambodia To Bangkok, Thailand

Trip Indo-China

Day #10 - Part 1

Phnom Penh, Cambodia - Bangkok, Thailand

Kembara trip Indochina diteruskan lagi. Perjalanan dengan bas selama 12 jam, menaiki sleeper bas "The Blue Bus" pada jam 9 malam tadi dari Phnom Penh. Harga tiket bas ini ialah USD25

Sebenarnya semasa nak membeli tiket bas di agensi, kami diberitahu ada 3 pilihan sleeper bas ni iaitu yg biasa usd23, VIP usd24 dan diberitahu oleh agency, ada syarikat bas terbaru iaitu The Blue Bus dengan harga usd25. 



Memikirkan dengan kelebihan yang terdapat pada the blue bus ini, pasti akan lebih selesa sebagaiamana yang diberitahu iaitu..

1) bas baru, jadi lebih selesa. 
2) bas orang vietnam, jadi lebih lancar
3) perjalanan ke Bangkok akan menjadi lebih pendek iaitu dari yang kebiasaannya 15 jam, akan di cut short kepada 12 jam saja. Bila ditanya bagaimana? begini jawapannya.. bas ini ialah bas express dan tidak akan berhenti di mana-mana tempat untuk mengambil penumpang dah, bas ini tidak akan membawa muatan barang-barang lain, hanya penumpang dan barang penumpang bas saja.
4) Orang syarikat akan membantu dan guide ke tempat immigresen border Thailand
5) mempunyai 2 orang pemandu bas dalam perjalanan.
6) ada wifi

Maka, atas sebab-sebab ini lah kami memilih sleeper bus dari syarikat "The Blue Bus". Tapi alangkah terperanjat dan kecewanya kami ketika kami melangkah naik ke dalam bas ini, tidak langsung seperti yang digambarkan.. 

- Sleeper bus ini adalah seperti bas biasa, kerusinya biasa saja yang cuma boleh diturunkan sedikit bahagian kepala saja dan agak sempit, diberikan dengan 1 biji bantal dan 1 helai selimut. Bayangkan bagaimana jika kami terpaksa duduk berdua di kerusi yang sempit itu sehingga berbelas-belas jam! Nasib baik tidak ramai penumpang dan kami dapat 2 seat untuk seorang, maka bolehlah tidur baring juga walau tak selesa.

- Surprise yang ke2.. setelah bas mula bergerak kira-kira 15 minit, mereka berhenti pula di sebuah tempat dan bebrapa orang tempatannya mula mengangkut naik ke bas..berkilo-kilo jenis sayur-sayuran, buah mangga dan entah buah apa lagi dan meletakkannya penuh padat di bahagian belakang bas dan juga diletakkan di bawah-bawah seat penumpang juga. Bawah seat partner akak tu pun penuh dengan buah mangga..besau..besau! Kami memang terperanjat betul dengan keadaan ini.

Kami juga agak risau tika itu melihatkan jalan-jalan yang dilalui oleh bas ini..tidak ada kelihatan kereta-kereta persendirian mahu pun teksi atau motosikal. Yang hanya nampak di atas jalan yang teruk berlubang-lubang itu hanyalah lori!

- Wifi ? Jangan harap! memang tak ada langsung dalam bas ini tidak seperti yang diberitahu oleh agensi iaitu ada wifi di dalam bas, cuma kadang-kadang bila bas bergerak, wifinya tak berapa bagus.

- cuma yang nampak betulnya ialah no.4 & no.5 saja yang di atas. Memang kena banyak-banyak bersabar ni!

Bas berhenti di rest area. ajak travel partner turun, dia nak tidur. so, akak turun seorang je lah sebab nak pergi toilet. Jalan ke toiletnya terletak agak jauh ke belakang dan sunyi dan malap pulak tu..hmmm.. terpaksa jugaklah dah tak tahan... cepat-cepat masuk, tengok-tengok air dalam kolah kecilnya tu penuh dengan belalang! pelik betul.. dan ada bebrapa ekor belalang di dinding bilik air tu. Sepantas kilat lah akak nak keluar.


Ketika hampir sampai di daerah PoiPet iaitu sempadan Cambodia-Thailand, kami diarahkan oleh driver bas untuk turun dan ditukarkan menaiki van pula untuk dibawa masuk ke sempadan. Rupa-rupanya, bas Vietnam tidak dibenarkan masuk ke Thailand. 













Setelah selesai urusan imigresen, kami dibawa ke cawangan pejabat agensi bas di sempadan itu. Kami diarahkan menaiki van yang lain pula untuk meneruskan perjalanan selama 3 jam lagi untuk sampai ke Bangkok. Van telah penuh kecuali seat row yang agak sempit dibelakang sekali serta dipenuhi dengan beg-beg penumpang. Disitulah kami disumbatkan. Dah lah panas, tak ada aircond... Memang marah betul dan kesal sangat rasanya dengan keadaan itu. Tapi apa nak dibuatkan.. terasa benar bagai di anak tirikan... huhuuu... orang lain dapat seat selesa je semua kat depan tu.







Kesimpulannya memang kami rasa sangat tertipu dengan penerangan manis tapi sebenarnya palsu itu oleh pihak agensi bas. Kepada anda yang ingin travel dengan menaiki bas, janganlah sekali-kali gunakan "The Blue Bus" ini!


Van berhenti untuk mengisi petrol dan di arahkan supaya semua penumpang turun dahulu. Pelik jugak tu...


Setelah dalam setengah jam perjalanan, van berhenti pula di rest area. Dekat situ lama juga, adalah dalam setengah jam..




Cantik jugak tempat ni...


kat sini dapat wifi free... yeayyyy!  :))




Kami pun tak buang masa, terus search dan nak book flight ticket balik KL nanti.

TIBA-TIBAAAAAAAAAAAAA..... jeng jengggg...

partner akak tu cakap dia tak nak balik lagi... adohaiii... dia nak terus lagi ke Hatyai......pulakkkk!  akak pun kebingungan sekejap... nak join sekali, tak dapat dah rasanya sebab dah nak kena balik juga... Akak pujuk dia pun dah tak makan saman dah...hehehee... :))  Padahal malam semalam dah sama-sama agree nak balik KL from Bangkok..sebab partner akak ni dah terlalu homesick dan dah selalu terbayang-bayangkan masakan ibunya...heheee... tu lah yang buat akak tercengang tu.. dalam pada tu dia boleh pulak ubah fikiran tu.. hmmm.. Discuss punya discuss, last-last akak balik sorang je lah nampaknya... huhuhuuuu....

oohhh.. mesti confuse kan? masa di hostel di Phnom Penh tu tak dapat settle booking lagi, sebab wifi nya slow dan selalu hang.. nak buat payment tak lepas.


Dah settle booking flight akak... RM375 (mahal tuuu :'( ), kami naik van balik untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok...

bersambung ke final episode ------> [next]


Wednesday, 25 November 2015

Trip Indochina - Phnom Penh, Cambodia

Trip Indo-China

Day #9 

Phnom Penh, Cambodia

Sementara korang semua tidur diulit mimpi indah, akak travel lagi... naik bas pulak ke Phnom Penh, Cambodia.. in shaa Allah... Perjalanan 7 jam! Sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh ni memang best.. Bas 2 tingkat. Surprised juga masa naik bas semalam.. naik atas tengok-tengok terus katil.. Sengih melebar je lah kami dibuatnya..

Akak ni dah lah pendek, katil tu tinggi pulak.... hmmm..puas jugak mikirkan cara nak naik tu tadi..hahahaaa...


Ruangan depan di tingkat atas ni penuh disumbat beg. Sesak pandangan akak ni dibuatnya, nasib baik di sebelah kiri, katil akak di sebelah kanan depan sekali :))


Dah sampai ke border...kena turun chop paspot... Lama sungguh perjalanan sebab berhenti di border tunggu gate dibuka.. mungkin pukul 6 pagi kot..tak prasan.


The first and also the longest border crossing between the two countries is Moc Bai - Ba Vet. It is on the main bus route between Ho Chi Minh City and Phnom Penh, thus it is considered as the most popular and convenient border crossing.


Phnom Penh, Khmer pronunciation: [pʰnum peɲ], formerly romanized as Panomping) is the capital and largest city of Cambodia. Located on the banks of the Tonlé Sap and Mekong River, Phnom Penh has been the national capital since French colonization of Cambodia, and has grown to become the nation's center of economic and industrial activities, as well as the center of security, politics, cultural heritage, and diplomacy of Cambodia.

Once known as the "Pearl of Asia," it was considered one of the loveliest French-built cities in Indochina[4] in the 1920s. Phnom Penh, along with Siem Reap and Sihanoukville, are significant global and domestic tourist destinations for Cambodia. Founded in 1434, the city is noted for its beautiful and historical architecture and attractions. There are a number of surviving French colonial buildings scattered along the grand boulevards.

Situated on the banks of the Tonlé Sap, Mekong and Bassac rivers, the Phnom Penh metropolitan area is home to about 2.2 million[1] of Cambodia's population of over 14.8 million, up from about 1.9 million in 2008.





aikkk..sempat posing plak kat situ partner akak ni :)

Naik jambatan..




Dekat nak sampai tu dah ramai yang dah tak tahan nak terkucil.. kena cari toilet termasuklah minah saleh ni.. So, bas berhenti sekejap.


Gambar yang ada nampak jalur-jalur hitam ni sebenarnya di snap dari atas bas je..






















Alhamdulillah, akhirnya dah sampai Phnom Penh, turun di station bas dan kami terus survey tiket bas sleeper untuk ke Bangkok pula. Alamak duit tak cukuplah...hmmm..  Nampak gayanya kena cari mesin ATM. Kami sewa tuk tuk dengan bayaran USD2 untuk ke situ. Sempat jugaklah round-round sikit. Selepas keluar duit, kami survey tiket bas lagi di agency yang lain. Discuss punya discuss, kami beli tiket bas yang katanya dari syarikat bas yang baru, so bas nya bas baru lah..










Dah beli tiket bas, kami cari makanan halal pulak ler. Lapar bukan main lagi sebenarnya.. yessss..nasi goreng ayam 8,000 riel.. yang kopi tu tak ingat dah harganya.. dari Halal Restaurant.


Dah tapau breakfast, baru kami survey hostel pula... ok, dah dapat, terus check in Golden Home Guesthouse dengan sewa bilik aircond usd12.  Good..bilik selesa... woww..seronoknya nampak katil! tak sabar rasanya.. Tapi niat nak jadi superman terus terpaksa ditangguhkan. Akak bawak bersabar, mandi dulu, lepas tu breakfast...






Alhamdulillah...dah settle semua, apa lagi... tidurlah! 
Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok pula pada malam nanti..

Bila dah bangun dari tidur, ingatkan nak keluar lah gi jalan-jalan kejap di Royal Palace. Tapi, tetiba teringat kena survey flight ticket balik KL dari Bangkok nanti...hmmmm... survey punya survey tak sedar masa berlalu begitu pantas. Tengok-tengok dah pukul 7 malam. Kami tak sempat pun nak ronda-ronda di Phnom Penh ni. Kami terus solat dan packing, bersiap untuk naik bas dah.

Perjalanan diteruskan lagi mlm ni pada pukul 9 pm dari Phnom Penh ke Bangkok  dengan sleeper bas juga.. Harga tiket USD 25... 12 jam perjalanan ye tidak campur akan stranded kat border nanti. Semoga dipermudahkan.




Ok, kita jumpa di Bangkok pulak nanti ye..


Popular Posts