Wednesday 21 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016

Kali pertama ku jejakkan kaki ke negara penuh sejarah ini adalah pada tahun 2007. Kini, dengan senyum lebar... hatiku berkata.. Turki Ku Datang Lagi tahun ini, 2016... untuk mengulangi menatap keindahanmu.. serta keunikanmu.



Lihat pada peta Turki bawah ni, Eksplorasi Turki kami akan membuat perjalanan dengan satu pusingan iaitu akan bermula dari Istanbul, bermalam di Bursa. Kemudian ke Kusadasi dan bermalam di sana. Keesokannya bertolak ke Pamukkale dan bermalam di situ. Seterusnya, perjalanan akan diteruskan ke Konya dan akan bermalam di Cappadocia selama 2 malam. Selepas itu, akan ke Ankara dan akan bermalam di Bolu dan akhirnya, akan kembali semula ke Istanbul. 

Cuma yang bezanya dari trip ku yang dulu ialah kali ini tidak akan melawat ke Canakkale yang mana ada trojan horse. Jauh perjalanan kami kan? Tentu seronok.. Total perjalanan kami akan merangkumi 8 buah bandaraya di negara Turki ini. 


Salam Kembara!

24/11/2016 | Hari Pertama

Tepat jam 6.30 pagi, teksi yang biasa ku langgan terjenggul depan pagar rumah. Memang dia seorang yang sangat menepati masa. Hujan renyai mengiringi terus perjalanan ku ke airport.

Alhamdulillah, sampai di KLIA jam 7.50 pagi. Perut pun dah berbunyi. Elok lah aku breakfast dulu.. Janji berkumpul pun jam 9 pagi.

Oh ye, lupa nak kabor.. trip kali ini, aku mengambil pakej. Dah lama betul tak travel macam orang have have. Asyik backpacking je. Sebenarnya aku tak pernah plan pun untuk ada trip panjang ke mana mana destinasi pada hujung tahun ini sebab telah pun plan satu trip besar bersama rakan backpackers nak ke tuuu..tttt.. awal tahun depan nanti. Jadi tengah ngumpul duit lah kan...

Nak dijadikan cerita, 3 minggu sebelum ni, aku ternampak 1 iklan tour pakej di fb yang menawarkan trip Turki ALL IN dengan harga yang ku kira memang murah. Bukannya trip bajet tau, tapi trip orang have have :))

Sebab apa, bila ku baca itinerari nya.. dah lah all in, 9 Hari.. naik Turkish Airline.. cover Istanbul, Bursa, Pammukale, Cappadocia, Kusadasi, Konya.. stay pulak di hotel bertaraf 4 atau 5 bintang! Apa lagi, aku bagai cacing kepanasan.. menggelupur lagaknya, terus saja call untuk booking. Irresistable!

Walaupun dah pernah jejakkan kaki ke Turki sebelum ni.. tapi dah lama sangat, tahun 2007... maknanya dah 8 tahun yang lalu, cuma waktu itu aku belum pandai ber blog lagi. Jadi, tiada catatan pun yang diambil.. cukup dengan apa yang terpahat di memori ingatan je lah..




Perjalanan ke Istanbul.
Tika nota ini ditulis, telah pun separuh perjalanan ditempuhi. Oh dah 5 jam rupanya..

Tak sedar je.. laaaa.. macamana nak sedar kannn.. lepas take off je terus membuta. Tak sedar apa dah. Bangun skejap masa lunch aje, lepas tu sambung tidur balik. Semalam tak brapa boleh nak tidur. Kunci alarm bagai nak ghak.. tapi still ada rasa takut jugak tersasar nanti.
.
Boarding 11.15 pagi. 
Departure 11.50 pagi

Alhamdulillah, seat yang luas dan selesa. Masa check in grup tadi memang aku request nak seat di Isle.
.
Masuk kat pintu kapal je dah disambut dengan pramugari turkish yang cun dan pramugara yang sangat kacak dan putih melepak. Jaga mata..jaga mata.. berkata dalam hati. Isshhh.. awat nakai ngat ni :))

Aku langsung ke dalam mencari seat ku, aku dapat seat Isle di bahagian tengah yang ada 4 seater tu. Aku ok je, janji aku tak rasa lemas dok terhimpit kat tengah.. hehehee.. Memang setiap kali jika aku ke mana mana, pasti aku book seat di Isle.

Penerbangan ke Istanbul akan memakan masa 10 jam 50 minit ! Begitulah yang diberitahu awalnya. Bertabahlah wahai punggung ku, duduk di kerusi ye :)




eh.. suka sangat dapat airlines travel kit ni, dah lama tak dapat. Maklumlah asik travel dengan air asia je, budget flight.. hehehee.. Bukannya pakai pun, tapi suka kumpul.. ada slippers, socks, eye shade, dental kit, ear plugs and lip balm.




Selepas lebih kurang 1 jam penerbangan, makanan mula dihidangkan. Bau nya harum, menyelerakan jugaklah.. maklumlah dah tengahari, laparlah kan. Pagi tadi pun breakfast chicken curry puff je yang ala-ala di coffee bean RM9.50 seketul tu.


Ahaaa... stewardess dah menarik trolinya ke sebelah ku.. Pasta or Chicken? soalnya.. Oleh kerana aku bukannya peminat pasta, maka.. Chicken lah jawabku..

Aku pun mula makan.. sedap, cuma tak pedas. Maklumlah. tekak aku ni tekak pedasss. Jadi, kesedapan itu dah menurun sikit bagiku, lalu aku taburkan black pepper.

Tiba tiba aku ternampak pulak satu peket merah di sebelah black pepper tadi yang bagaikan sos. Nak baca, tak paham.. tulisan turki.. 

Hati ku kata memang sos lah ni.. Aku pun koyakkan peket tu, picit dan tuang. Aikkk.. apasal tak kluar? Lalu aku pun intai dalam peket tu.. heyyy.. warna putih lah. 

Memandangkan ada roti bun, aku pun ingat cheese. Aku cuba cubit sikit nak rasa. mak aihhh.. nak tau apa tu? Perfume Wet Tissue !!! kah..kah..kahhhhh.. aku gelaklah sorang-sorang dalam hati.. bagai nak guling-guling rasanya... ada ke orang nampak ni, bisik hatiku.. maluuuuuu...  Tinggalkanlah kisah makan tu.. hik.. hikkkkk.. Penat dah rasa jari telunjuk ku ini menulis.. arghhhh..



Lepas makan, tengok screen..baru 2 jam penerbangan..huhuuu.. 
rasa macam dah lama sangat.. tak tahu apa nak buat. Mesti sampai kebas dan leper lah punggung banyak isi ku ini. Mata tak ngantuk sebab masih awal lagi. Maklumlah mata aku ni jenis spesis burung hantu, kalau tak pukul 3, 4 pagi.. memang tak tidur lagi.

Fikir-fikir.. hmmm.. eloklah aku menulis travelog ku je. 
Ada juga manfaatnya nanti..


Dah puas menulis, eh.. tak sedar je.. masa berjalan tanpa ku sedari kerana khayal dalam dunia ku sendiri. Pandang kiri, pandang kanan... berkenalan pula dengan sis manis yang duduk di seat seberang sinun.. Hazel, namanya.. seorang lecturer, sweet orangnya. Wah, backpacker rupanya.. travel europe solo solo lagi... wa respect beb.. Duduk di sebelah nya ialah ibunya yang julung-julung kali teringin ikutnya travel backpack... steady laaa.. :))


Ku jeling pada screen di depanku. eehhh.. tinggal lagi 2 jam 34 minit lah nak sampai. Tak sabar rasanya nak landing sebab ponggong ku dah kebas sangat dan kematu rasanya. ok lah.. ku hentikan coretan panjang ni di sini... 

Sebenarnya kannn.. berhenti menulis ni sebab hidangan kedua dah sampai.. hahahaaa.. tak tau apa namanya... apa ada hal.. makan je lah.. rezeki.. Selesai makan, ku jeling lagi screen.. arghhh.. tinggal 2 jam je lagi... tak zabarrrrr..


hmmm.. cute tak chef in the house tu? :)



Alhamdulillah... rezeki..


Alhamdulillah... akhirnya selamat mendarat. 
maka, berakhirlah penyeksaan duduk dalam flight lama sangat tu.. :))




Kami disambut oleh local tour guide yang sangat cute ! Panggil dia dengan nama Oscar je sebab sebutan nama sebenarnya agak payah, nanti terbelit lidah pulak... heheee...

Selepas tu, kami keluar untuk menaiki tour bas. Keletihan muka keletihan semuanya selepas terperap 12 jam atas seat flight...


dalam bas..


haaa.. ini lah Oscar


selepas ni, kami dibawa untuk makan malam.. ke mana?

tunggu sambungannya..


--> [Next] <--



No comments:

Post a Comment

Popular Posts