Wednesday 21 December 2016

Turki Ku Datang Lagi 2016 (1) - Istanbul

Dari airport tadi, kami dibawa ke Seaport Kitchen and Cafe untuk dinner. Makanan nya sedap tapi, sayangnya tak habis sebab perut tak brapa nak lapar lagi sebab baru lepas makan dalam flight tadi, dalam 2 jam sebelum landing..



kelazimannya, masyarakat Turki memulakan makan dengan sup 'tomato' dulu..


kemudian dihidangkan dengan nasi sejemput serta roti dan juga sedikit salad. 
Nasi mereka adalah seperti nasi dagang kita..

Menurut kata tour guide, jika pelancong dari Malaysia dan Indonesia yang datang, mereka akan hidangkan dengan sedikit nasi.


Roti ni sangat sedap sebenarnya, sebab ada isi di dalam yang agak spicy. Namun apa kan daya perut ku dah kenyang, maka tak boleh habis dah. Fikir, kalau nak bungkus bawak balik hotel pun bukannya makan nanti, sebab dah malam pun dan sangat kenyang. Nanti masuk hotel, dah nak tidur je.. Dengan berta hati, terpaksa lah ku tinggalkan makanan yang tak habis itu.


Nampak tak muka penat kami?


Selepas dinner, kami check-in ke QUA Hotel..


sedang memunggah luggage..
ambik gambar pun tangan dah terketaq, penat punya pasai :)


Bilikku di sini bernombor 1404. Wowww.. pintunya so colorful..
Perkara pertama setelah letak luggage bila setiap kali masuk bilik hotel ialah...  ambik gambar bilik duluuu... sebelum bersepah! :)


untunglah..bilik besar gini, ku tidur sorang je..





tak sempat pun nak godeh kopi... 
baring je terus..



bilik airnya bersih sangat dan lengkap, siap ada telefon, hair dryer serta magnifying glass kot tu kalau tak silap..



Okeyyy.. tak zabarrrr nak meluruskan badan.
Bye.. I nak lompat atas katil dulu dan lepas tu jadi superman meniarap.. hikkkk.. 

dah tak larattttt... hancur rasa badan yang tak brapa nak muda dah ni...
kena tidur dulu sekejap, baru bangun balik nanti untuk mandi dan solat.

Selamat malam!

Tungguuuu sambungannya ye...


--> [Next] <--




No comments:

Post a Comment

Popular Posts