Monday 22 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 3 - Srinagar, Keasyikkan Dal Lake 1)

Day #3 (1/2/2016)

Di airport New Delhi ini, kami ditemukan dengan 4 orang lagi member  yang lain, yang 2 orang member tu yang berlepas awal dari kami hari tu, terus ke Delhi 2 malam yang lalu, dan 2 orang lagi yang ambik flight malam dari Goa... menjadikan kami telah dapat berkumpul seramai 9 orang kesemuanya. 

Member yang lain semua dah buat web check in, akak je yang belum lagi. Bila akak check in di kaunter, dimaklumkan yang akak tak ada cover lugagge sebab tiket flight spicejet yang beli tu harga promotion! u'waaa... So, akak kena lah bayar 400 rupees untuk lugagge akak tu. 

Kami menaiki flight Spicejet SG182 ke SriNagar dan departure pada 10.20 pagi.


Subhanallah! Indahnya ciptaanMu Ya Allah !
Mata tak berkelip memandang ke luar tingkap...












Alhamdulillah, selamat sampai ke airport Srinagar. Tak lama sebenarnya penerbangan dari Delhi, cuma dalam sejam lebih je..  Sampai di airport Srinagar ni, kena isi borang di road transport department tu..




...namanya je houseboat information counter, tapi tak ada orang pun kat situ, tinggal booth aje.. apa dahhh...


Semua muka excited, ceria dan happy je bila sampai ke Kashmir ni...sedang tunggu driver dan van 12 seater yang kami dah booking dari KL. Tengok je lah lugagge kami tu... kalau ada pembaca lelaki yang baca ni, mesti geleng kepala.. sila zip mulut ye, jangan mengata kita orang tau.. 





Haaa...inilah dia driver van kami yang handsome ni, namanya Shebir, yang akan melayan kerenah kami untuk selama 3 hari kami berada di Kashmir ni... dia sangat best dan sporting. Kitorang suka usik-usik Shebir ni sebab dia ni pemalu, kadang-kadang nampak sampai blush muka dia! Tak baik korang tau buli dia macam tu.... hikkk...


ada dah yang nak fefeeling tu..tapi.. jangan nak fefeeling bagai ye... hahahahaaa... sebabnya dia dah kahwin hokeyyyy... 

Terasa laparlah pulak... 

Sebelum sampai ke Dal Lake, kami singgah ke restoran Lhasa yang direkomen oleh abang pada Shebir ni untuk mengisi perut.. Shebir ni tak faham sangat omputeh, jadi dia kena tanya abang dia untuk translate kan apa yang kami tanya...nasib baik abang nya memang ada di tengah bandar Srinagar masa tu.


 order...order...


Chicken briyani sudah mari..
wahhhh...sedapnya nasi briyani di sini !


rasanya yang bawah ni namanya schechuan rice..
'



Keluar dari restoran, sempat lagi jeling-jeling kedai berdekatan tu.. sabor je lah wahai perempuan...




Dekat je rupanya restoran tadi dengan jeti untuk ke Dal Lake..
OK, silalah mengangkut barang ye :))










cantiknya...Dal Lake..









..sedang akak posing-posing kat atas tembok tu, nampak pula sorang mamat ni ambik gambar akak. Akak pun tanya kat dia..kenapa? Dia jawab.. saja suka ambik gambar...hmmm.. last2 jadi member plak..







Untuk sampai ke houseboat, harus menaiki 'shikara' menyeberangi Dal Lake tu...



Jom..jom.. tak sabar ni :))









okeyy..dah sampai... inilah houseboat yang kami sewa untuk 1 malam.. 
Young Bombay Houseboat...top rank dalam Tripadvisor..





--> [next] <--



2 comments:

  1. Hi.. Nak tanya. Kenapa kena isi borang kat road transportation tu? Nk record kedatangan kiter ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Cik Sha, tak pasti lah pulak untuk tujuan apa, tapi dah itu peraturannya, kita ikut je lah. Dekat Kashmir tu sangat ketat kawalannya..

      Delete

Popular Posts