Sunday 21 February 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 1 - Goa)

Alhamdulillah...dah selamat sampai ke Goa pun.. 
Penerbangan mengambil masa selama 4 jam 10 minit. Time difference dengan Malaysia ialah 2.5 jam. 


mak aiii..sejuk lerrrr... suhu tika itu kalau tak silap pilot cakap dalam flight tadi, dalam 16C.. hmmm.... mata pun tak leh nak celik dah ni, masa tu dalam kul 1 pagi. Dah sampai tu, kami terus mencari teksi untuk ke hotel pula... dengan caj teksi 300 rupees seorang x 5 orang... kiralah sendiri totalnya ye..

Perjalanan dari airport Goa ke hotel kami mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jalan masuknya jauh ke dalam, melalui banyak lorong-lorong...hmmmm... dahlah gelap jalannya kecik pulak serta bengkang bengkok.. scary jugak malam  buta ni. Teksi berlegar-legar mencari Resort kami tu dan akhirnya berjumpa, terletak di kawasan Anjuna, nama resort tu ialah 'Whispering Wood' ....haaaaaa...nama resort ni ala-ala ada misteri kan...driver teksi pun agak susah mencari tempat ni :)) 

Masa kami sampai, resort tu memang gelap gulita dan pekerja tu sedang tidur di sofa dekat reception. Jadi, dia memang macam mamai-mamai je.. dan tak check dengan computer (semua off okeyyy), main cincai-cincai je bagi kami masuk bilik, cuma based on kertas print yang kami bawa je.

gambar ni diambil masa check out keesokan paginya...


Alhamdulillah, selesa biliknya...



complimentary toiletries...

Day #2  (31/1/2016)

Keesokan paginya, baru akak dapat menikmati kesegaran kawasan resort ini, maklumlah malam tadi sampai pun dah tengah malam buta, tak nampak apa pun..


Blok yang akak duduk ni namanya Villa H... Living hall tu besar jugak, bolehlah kalau nak main ping pong tu...Bilik ada di atas dan juga bawah. Akak duduk bilik bawah. Kitchen pun boleh tahan, siap ada microwave lagi...




Cantik juga view ni..diambil gambar dari tingkap bilik...


breakfast dulu... lupa nama makanan ni...
sedapppppp...




Destinasi Goa ini sebenarnya macam transit je.. apa sebab sebenarnya jadi macam tu, akak pun tak tau atau pun dah lupa, main ikutttt jer...hehehee.

Setelah breakfast, kami pun bersiap-siap untuk check out. Tapi, ada masalah teknikal sikit semasa kami nak checkout tu. Pihak management resort tu hanya mendapat confirmation booking bagi 3 bilik yang kami tempah sedangkan kami telah menempah 4 bilik semuanya. 

Alkisah... toyyibbb... tersebutlah al kisah AirAsia Go tak sampai vouchernya ke resort ni. Jadi, kami tersangkut agak lama juga di reception tu untuk menyelesaikannya. Hati memasing bukan main risau lagi, takut terlepas flight ke Delhi pulak..




 bersiar di keliling kawasan luar resort...


Ok, dah masa untuk berangkat ke airport bagi penerbangan ke New Delhi pula. Beg-beg kami disumbatkan ke dalam dan atas teksi ni, nasib baik muat 1 teksi untuk kami berlima. Kami yang awalnya datang bertujuh tu berpecah lagi. Cuma kami berlima saja akan naik flight petang, sebab lagi 2 orang tu flight nya malam dan akan bermalam saja di airport New Delhi... sempatlah mereka pegi sightseeing Goa dulu...dengar dengar dia orang ni nak cari seafood.

awat masam muka cik adik kita ni? heheee...



Alhamdulillah, akhirnya settle masalah. Kami bergegas menghala ke airport Goa untuk flight ke New Delhi... dahlah agak jauh, ditambah lagi dengan tersangatlah jem jalannya, driver teksi pulak asik hon hon.. stress jugak jadinya.


Berdebak debuk jantung akak sebabnya akak ni tak buat web check in pun dari malaysia... Teringat pulak nak buat kat resort tu, tapi nak check in guna computer kat resort tu pun tak boleh sebab bila nak buka gmail dari tempat lain, kena ada verification code masuk kat handfon... itulah masalah problemnya. Nak ditambah perencah cerita, Handfon akak ni pun buat masalah juga bila sampai ke bumi India...tak masuk2 roaming nya. So, google verification code tu tak akan masuk ler. Selalunya, bila touch down aje, otomatik fon roaming..kali ini tidak... huhuuuu.....

Sampai airport dah lah lambat, lepas tu apa lagi...kelam kabut lah semuanya. Terpaksa buat muka seposen nak mintak izin potong queue untuk checking masuk pintu entrance airport. 

Sejurus lepas masuk entrance je, akak berlari ke kaunter check in. Bayangkan..pukul 12.00 tengahari baru kami berlepas ke airport dari resort dengan perjalanan 1 jam 15 minit tu. Flight pukul 2.35pm! hughhh... memang penat giler !!!

Seriusly, kalau mana-mana domestic airport dalam India ni, memang kena sampai awal 3 jam jugak sebelum boarding baru ok.. sebab prosesnya sangat-sangat cerewet.. scan banyak kali lagi. Kami berlima tika itu. Dah lah kena queue panjang, bila scan hand lugagge kami, 2 orang member yang tersekat lama sebab seorang bawak sambal ikan bilis dan seorang lagi ada keychain dan nail clipper dalam beg...sendiri yang cari pasal lah jawabnya..

Bye bye Goa... tak sempat pun nak mencecah kaki ke pantainya yang cantik tu...



ok, tunggu sambungannya lagi nanti ek :))


2 comments:

Popular Posts