Wednesday, 22 February 2017

Kembara 2017 : Trip London - Turki - Iran (6) : London, Poppies Fish & Chips

Poppies Fish & Chips, London


Dah penat shopping souvenirs tadi, tibalah masa untuk mengisi perut yang dah berkeroncong tu.. tekak kami terasa nak makan Fish & Chips. Restoran ni letaknya tak jauh dengan area Camden Market tadi.


Hiasan restoran ni classy...

Poppies Fish & Chips Restaurant, London.

Traditional fish-and-chip shop decorated with 1950s memorabilia, offering table service or takeaway.

Address: 6-8 Hanbury St, London E1 6QR, UK
11AM – 11PM


 Fish & Chips dihidangkan... wowww... portion nya besar.
Ada 2 jenis ikan untuk pilihan semasa order tadi. Harganya pun wowww... kalau tak silap dalam 12 pound. Makanan dihidangkan dengan mayonise dengan krim apatah, tak ingat sudah.. diletakkan dalam botol kecik tu. Boleh tahan sedaplah jugak rasanya tu...



Selesai makan, terasa nak ke tandas. Tandasnya pulak terletak di tingkat bawah. Menuruni tangga je nampak banyak gambar-gambar tergantung buat hiasan dinding. Tapi dorang ni biasalah.. gambar-gambarnya menjolok mata... buat derkkk je lah kan...



Nampak klasik sangat set mangkuk tandas tu.. 
heyyy.. apa daaaaa.. sampai ke tandas pun nak ambik gambar.. 
hahahahaaaa... hobi! :))


Makanan yang tak habis tadi dibungkus. 
Cantik pulak paper beg dorang ni..


Selesai perut diisi dan kenyang, kami ada satu lagi tempat persinggahan, iaitu ke Harry Porter Shop yang terletak dekat dengan King's Cross St. Pancras metro station sebelum kami ke Victoria bus station. 


haaaaa.. dah sampai..
Jom naik... tengok apa yang ada kat situ...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts