Bismillah... penerbangan yang ketiga ni... dah hampir 24 jam kami berkelana dalam flight dan airport. Penerbangan dari Athens ke London ni akan makan masa selama 4 jam.
Kitorang ni, bantal memang tak tinggal... tapi malangnya baru ku sedar masa angkat backpack masuk perut kapal ni tadi yang bantal ku dah hilang... Ku tinggalkan skejap je beg atas kerusi (bantal diikat pada beg) yang di depan kedai mart kat tempat boarding tadi untuk beli air mineral... huhuuuu... u'waaaaaa... letihlah kepala ku lepas ni, terkehel sana terkehel sini nanti.. Tapi nasib baik jugak duduk sebelah geng, kalau terlentok kat bahu dorang pun tak kisah lah kan..
Belek-belek flight magazine Aegeans ni, sebab member sorang tu nak beli model kapalterbang Aegeans untuk souvenir dia sendiri, tetiba nampak pulak ada jual Tasbih... wahhh, teruja pulak rasanya.. heheheee...
yeay..yeayyy... makan sudah mari...
memang order seafood jugak.
tapi tak lah berselera sangat sebenarnya, sebab tak pedassss... huhuuu..
biskut ni sedap :))
Dah kenyang, member 2 orang tu terus zasssssss... tidorrr. Aku jugak yang terkelip-kelip mata kat situ. Kalau perut kenyang, susah sikit ku nak tidur.
Akhirnyaaaa.... setelah lebih 4 jam masa berlalu,
Alhamdulillah... landed safely in Gatwick, London :))
Syukur Ya Allah..
Okeyyy... pertama sekali, kami kena beli oyster card untuk public transport yang akan kami gunakan nanti. Harganya £23 sekeping.
Selepas ni, kitorang akan naik train pulak.. bilalah nak sampai nya kan?
hahaha... seorang member dah terhilang pulak kat sini. Sebab kat depan tadi ada 2 lorong, so tak sure yang mana satu. Leader tu plak jalan laju dan ramai orang lalu lalang, so mungkin member yang sesat tadi tak prasan. Puas pulak lah leader kitorang gi mencarinya.. tak jumpa jugak. Last-last kita try masuk je ke lorong yang ni... haaaaa.. nampak dah.. tu dia.. wajahnya mempamirkan perasaan nak nangisss "feeling lost" gitu.. heheheeeee....
ok, train dah sampai... jom naik..
Nak ke mana ni? Tungguuuuu...
No comments:
Post a Comment