Ramai yang memancing kat jambatan ni..
Bila dah naik bas, tempat seterusnya yang kami tuju adalah untuk mengisi perut... hahahaaaa.. lapar sudah setelah dilambung ombak dalam kesejukan tadi..
yeayyyy... dah sampai pun ke restoren ni..
ini adalah restoran yang sama kami masuk pada hari kedua kami di Istanbul dulu. Restoran memang penuh sesak pada waktu lunch hingga tiada meja kosong pun. Nasib baik hari ini kami tiba awal, maka dapatlah menikmati makanan dengan tenang sikit sebab belum ramai orang dan makanan pun cepat terhidang, tak seperti kali pertama kami ke sini hari tu... lama menunggu.
hmmmm... sedapnya dapat roti panas-panas ni..
berselera sekali kami makan.. hahahaaaa.. sampai terlupa nak snap gambar sebelum start makan, sedar-sedar aje dah nak habis.. :))
Selesai makan, kami harus berjalan agak jauh juga kerana bas memang tak boleh parking di kawasan dekat restoran ni. Sambil-sambil tu, mataku ini asyik menjeling jugak kat tudung-tudung yang dijual yang diletakkan di depan kedai. ngeehhhhh :))
ok, dah naik bas...
Di bawah ini adalah terowong yang sedang dibina di bawah laut yang menghubungkan asia dan europe. dah 2 tahun dalam pembinaan, mungkin lagi setahun baru siap.
sampai di sini, kami turun jalan kaki untuk ke Grand Bazaar...
excited nya nak masuk Grand Bazaar tu...
No comments:
Post a Comment