Safari Tour di Cappadocia
Pada mulanya, saya memang tak tahu bahawa safari tour ini adalah sebegini adventure dan sangat best. Apa yang saya bayangkan, bila sebut je safari, kepala saya terus membayangkan seperti di Afrika... naik jeep di kawasan lapang di mana binatang liar tidak dikurung.
Saya, sebenarnya sedikit kecewa kerana impian untuk naik hot air balloon tak kesampaian bila diberitahu yang belon tidak diterbangkan untuk hari itu oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Jadi, apabila disarankan oleh tour guide untuk gantikan dengan safari tour ini, saya setuju je lah.. dalam hati dok cakap, daripada tak dapat apa-apa aktiviti ketika di Cappadocia ini, ambik je lah safari tour tu.. Mahal jugak harganya.. sambil bayar 100usd, mulut ni asik mengomel je.. tak puas hati tak dapat naik belon.
Sebuah land cruiser V8 bersama driver yang hensem, tersedia menunggu kami pulang dari tour dengan agenda terakhir ke Seramik Art Galeri bersama grup tadi. Land Cruiser itu dapat memuatkan 8 orang dan agak selesa juga. Perjalanan dimulakan, drive seperti biasa. Lama kelamaan makin laju, makin laju. Saya dah jadi excited sikit. Selepas tu sampai di satu selekoh, driver tu masuk ke simpang, terus drive mendaki bukit...
Rupanya sangkaan saya sebelum tu meleset sama sekali... heheheee..
woweeeee.. sangat happening safari tour ni. Tak percaya? tengoklah video kat bawah ni.. sangat berbaloi.. tak rugi langsung! :)
Apabila sampai ke tempat persinggahan yang pertama, kami diberi light refreshment.. minuman serta cake buat minum petang. Berselera sekali kami makan selepas penat bersorak, berhempas dan menjerit sikit semasa dalam perjalanan yang adventure tadi..
Bergambar bersama saya di bawah ini ialah driver land cruiser yang professional. Dia sangat cekap mengendalikan selekoh-selekoh, bukit yang curam dsb. Saya yang pada awalnya memang kecut perut dan ada masa nya pejam mata kerana tak sanggup lihat bila naik bukit yang mencanak dan turun bukit pulak. Tapi, selepas tu saya naik syok.. hahahahaaaa... I want more.. :))
Di situ jugak, ada sebuah motor ATV yang diberi kebenaran untuk kami bergambar... wahhh seronoknya.. eksyen eksyen jadi lah... at least dapat jugak kan.. kau hado? kih kih kihhh...
Saya memang suka sangat ride motor ATV ni, dah pernah ride semasa di Siem Reap, Cambodia dan Krabi-Thailand.
Selepas itu, adventure kami diteruskan lagi... yehaaa..
meh tengok video ni macamana keadaan jalan yang kami tempuhi.
Perhentian yang kedua..
Kami tiba ke Rose Valley ini...
dinamakan sedemikian adalah kerana batu-batunya yang berwarna light pink.
Subhanallah! Pemandangannya... speechless...
Syukur Alhamdulillah diberi nikmat ini.
Apabila cuaca sudah semakin gelap, kami pun beredar untuk pulang ke hotel.
Berakhirlah sudah safari tour yang sangat best ini. Rasa tak puas pulak.
Kalau ada rezeki, pasti nak repeat lagi.
--> [Next] <--
No comments:
Post a Comment