Turki Ku Datang Lagi 2016 (22) : Cappadocia - Sesi Bergambar Dengan Unta
Selepas dah kenyang lunch di Uranos Sarikaya iaitu sebuah restoran yang dibina di dalam gua itu tadi, agenda seterusnya pula ialah bergambar bersama unta, tapi sayangnya saya tak ingat nama tempat itu. Jalan serta selekoh untuk ke tempat tu dipenuhi dengan pemandangan yang sangat cantik dan unik dengan batu-batunya.
cantik view di belakang ni..
Ada satu insiden yang berlaku depan mataku di sini. Unta ini telah menggigit pipi seorang wanita yang berdiri di sebelahnya tadi. Tak terjeritkan lagi wanita tu, saya yang kebetulan baru nak turun dari bas tadi nampak kejadian tu yang menjadikan saya macam takut-takut nak dekat dengan unta tu. Tak tau lah apa sebabnya tadi unta tu boleh bertindak sedemikian.
Wahhh.. masa ni nampak muka unta tu aman jer.. hahahaaa..
ok, selepas ni kami ke jewellery shop pula.
GEROME ONYX JEWELLERY
Setelah memasuki bangunan kedai ini, kami dibawa menaiki tangga terus ke tingkat atas ke showroom jewellery. Seperti biasa, showroom barang kemas memanglah tak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Saya yang tidak berminat untuk berada lama-lama dalam kedai tu, akhirnya terus melangkah keluar. Ohhh.. rupanya opposite kedai jewellery ini adalah Pigeon Valley. Lantas saya pun menyeberang jalan untuk ke sana...
No comments:
Post a Comment