Tuesday, 1 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 8 - Shimla - Sightseeing)

Agenda seterusnya ialah sightseeing ke Mall Road di Shimla ni.. Lakkar Bazaar, Shopping kompleks nya terletak di atas bukit, korang kena panjat tangga untuk sampai ke atas tu ye...sebab kenderaan tak boleh naik sampai atas.


Dari luar, masa akak naik tangga tu nak masuk ke entrance bazaar tu, memang nampak macam tempat ni tak menarik langsung sebab nampak bangunannya yang dah usang. Tapi bila dah keluar ke kawasan kedai-kedai di luar bazaar tu..wahhh..happening jugak!


Tempat persinggahan pertama kami ialah farmasi kerana sorang member kami yang melecur lengannya terkena heater semasa stay di houseboat di Dal Lake tu nak buat 'dressing' lukanya.




Haaa...haaaaaa... tergugat jugak iman akak bila nampak suit kurti yang berwarna pink bertatah batu -batu hiasan pada patung display di pintu masuk kedai tu..huhuuu...kecundang jua akak, akhirnya terbeli juga..hikkkk..




Ok..lepas ni nak jalan-jalan keluar dari bazaar tu nak ke kawasan hotel dan kedai-kedai, kena turun tangga pulak dan mula mendaki bukit..



sempat beli buah delima...geram kan tengok buah delima tu yang merah menyala.. brader yang jual tu, muslim...



Banyak rupanya kedai atas bukit ni..meriah jugak...



ho..hooooo... ni lah yang nak sangat akak cari... simkad india. Sebenarnya sebelum ni dah cuba untuk beli simkad di tempat lain, tapi sukar sebab dorang nak local id. Alhamdulillah, akhirnya kat sini boleh beli sebab penjual tu bantu guna reference id dorang... Simkad Reliance ni pun bagus coverage nya... tak perlu beli Airtel, yang jauh lebih mahal lagi... happy akak! :))













Jalan punya jalan..akhirnya kami sampai ke tempat lokasi movie '3 Idiots' ... wahhh seronoknya! :))






Pemandangan dari tangga semasa nak turun ke car park..



Setelah dah puas berposing-posing kat situ, kami pun bergerak meninggalkan Mall Road untuk meneruskan perjalanan kami ke New Delhi pula yang akan mengambil masa dalam 9 jam perjalanan dengan van... 

Waktu kami bertolak tu pun dah hampir pukul 8 malam, bermakna malam tu memang tidur dalam van je lah... kebas lah punggung hakak..sebenarnya sepanjang driver tu drive menuruni shimla dengan jalan yang bengkang bengkok tu, akak memang tak boleh tidur sebab seram..driver drive laju sangat, entah apa yang dikejar pun entah..risau akak dibuatnya.. agaknya dia marah kitorang lambat turun dari Mall Road tadi agaknya...

Ok lah, nanti jumpa di New Delhi pulak ye!


No comments:

Post a Comment

Popular Posts