Thursday, 3 March 2016

17 Hari Mengembara Ke Bumi India (Part 9 - New Delhi)

Memang mencuka je driver ni bawak van...huhuuu...stress jugak kitorang semua dibuatnya. Laju jugak dia drive.. akak ni sekejap tertidur sekejap terjaga..macam tu lah.. nyenyak tu memang tak lah.. macam macam design memasing tidur dalam van tu..hey..tak yah citer! hehehee...

Welcome to Delhi! :))
Alhamdulillah... yeayyy... akhirnya kami sampai ke New Delhi dan driver terus hantar ke Hotel Godwin yang telah kami booking 3 bilik.. masa tu dah awal pagi.. rasanya dalam kul 3 pagi.. cuaca di Delhi ni pun sejuk..

Tapi, ada ke patut driver tu nak mintak kami tips! Dah lah muka cengitu..masam jer.. dah tu malas pulak, tak nak langsung tolong angkat beg kitorang. Memang jangan harap lah jawabnya! selamba jer leader kitorang bagi tau depan muka dia 'no tips for you' and of course, muka dia bengkirk! Nasiblah kan...


Kami cuba check in awal, tapi malangnya bilik semua penuh... so, kena tunggu pukul 9 pagi jugak nanti, kalau kalau ada guest yang check out awal.. Kami diberitahu oleh staf hotel, yang hotel tu memang sentiasa fully booked... wahh.. bagus bisnesnya..

Sementara tu, kami diberi tempat di coffee house untuk berehat seketika sambil melelapkn mata di kerusi. Itu pun sementara ianya masih tutup lagi. Ok lah tu..








Alhamdulillah, kul 9 pagi, kami dapat check in untuk 2 bilik. Tinggal 1 bilik je lagi yang menunggu guest check out. Akak pun masuk bilik..hmmm..apa lagi..semua terus membuta lah jawabnya! Tapi...sempat lagi ambik gambar bilik dulu tu sebelum membungkang tidur...hehehee.. bilik airnya canggih jugak. Kira hotel ni moden lah...






Petang baru kami keluar untuk meninjau-ninjau kawasan di persekitaran... lepas tu ke kawasan night market, ada jugak member yang nak shopping di sini... Kalau setakat rasa lapar tu, makan je lah apa bekalan yang masih ada tu, yang penting nak rehat puas puas dulu..























haaaa...dia (gambar bawah) ni tokeh kedai emas dan saree.. kaya dan handsome tu! Baik pulak hati melayan akak tu, sebenarnya nak ngorat suruh beli punjabi suit yang memang akak minat lah tu, mesti dia nampak akak usha usha baju tu yang dipakaikan kat patung display kat pintu masuk kedai dia. 

Tapi, sebab mahal sikit, so akak tak jadi lah beli.. Tapi, dia siap belanja kopi masala lagi... sedap! Akak dah siap cakap ngan dia, belanja kopi boleh tapi tiada paksaan suruh beli ye..dia kata.."deal"..hihihiiii.. :))


Akak sempat beli baju India yang dipanggil 'anarkali'.. sebab ingatkan nak pakai bergambar ketika di Taj Mahal nanti, memang grup kami plan nak pakai tak kira apa apa pun jenis pakaian India masa kat sana nanti..

Rupa-rupanya kebanyakan baju anarkali yang dijual di sini adalah half tailored, maknanya tak jahit selengkapnya, macam lengan dan badan baju tidak disambung. So, lepas akak beli tu, hantar pulak kat tailor kat situ untuk lengkapkan jahitan kat baju tu..





Dah settle semua, kami yang awalnya ber8 dah berpecah tadi, sebab dorang dah settle beli dan nak pergi makan pulak ke tempat lain, kena naik auto. Tinggallah akak berdua je, so akak kena tunggu jugak lagi sebab baju dah hantar tailor tadi untuk repair. Dah siap, baru kami balik ke hotel dengan menaiki auto.. rasanya masa tu kami makan di bilik aje.. tak hingat sudah..hahahaaa..


--> [next] <--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts