Friday, 18 March 2016

Trip Cambodia-Laos ( Part 5 - Angkor Silk Farm, Siem Reap Cambodia )

Malam tadi balik dari Battambang, kitorang bertiga pengsan tidur..hehehee. Pagi ni pula, menghantar travel partner sorang ni (baju merah) ke Siem Reap International Airport sebab dia ada tugas yang menanti sementara kami berdua lagi ni akan meneruskan perjalanan ke Laos esok dengan menaiki van yang telah pun kami beli tiketnya semalam. 



eh..apasal tutup muka ngan bunga plak tu? 
hahahaaa... sebenarnya dia tu pemalu sikit.. hik..hikkk..


Maka, tinggallah kami berdua je... Selepas dari airport kami berdua ke Angkor Silk Farm yang terletak di Stung Thmey street, 20 minit perjalanan je dengan kenderaan dari bandar Siem Reap. Sebetulnya akak dah agak malas nak pergi sebab dah pernah pergi sebelum ni (nak baca, klik SINI), tapi saja nak temankan kawan yang sorang ni...


Masuk ke Silk Farm ni free aje, cuma kita bagi tips aje lah pada guide yang ditugaskan untuk memberi penerangan pada kita tu di sepanjang tour kat dalam kawasan tu. Sebelum memasuki ke dalam, kami diberi pass dan perlu dipulangkan ketika nak keluar nanti. 

Keluasan Angkor Silk Farm adalah seluas 8 hektar dan ianya dibahagikan kepada 19 bahagian, antaranya..kawasan cocoon (kepompong), padang pokok mulberi, bengkel latihan, bengkel tenunan, bengkel pewarnaan, bengkel jahitan dan sebagainya.


Ini ialah ladang pokok mulberi yang ditanam di Angkor Silk Farm ini, luasnya kira-kira 5 hektar bagi membiakkan ulat sutera.





Kitaran hayat seekor ulat sutera adalah selama 47 hari.. bermula dari mengawan, bertelur, menetas jadi ulat sutera dan keluar dari kepompong nya. Daripada kepompong itulah yang dijadikan benang sutera. Tiang dan tangga ke tempat itu dilapik dengan bekas yang berisi air agar tiada semut akan menganggu proses penghasilan ulat sutera ini.



Untuk dapatkan benang sutera itu, kepompong akan direbus dan benang sutera itu akan keluar dari kepompong tersebut. Kemudian, benang sutera itu akan digelungkan secara manual.Benang sutera itu terbahagi kepada 3 kategori iaitu sutera kasar, sutera yang bercampur dan akhir sekali sutera yang halus.



Proses seterusnya ialah proses mewarna. Proses mewarna ini dilakukan secara semulajadi iaitu dengan menggunakan bahan-bahan seperti daun lavender, daun buah garcinia dan lain-lain lagi. Setelah selesai mewarna, benang sutera ini akan dikeringkan dan seterusnya digelungkan. Waktu akak pergi tu, hari minggu.. so, ramai pekerja cuti..cuma ada beberapa orang je yang bekerja tika itu.

Tenunan sutera dengan tangan hanya dibuat di Cambodia ini dan di Bali. Sementara di China mereka gunakan tenunan dengan machine.
















Kain sutera banyak digunakan ketika acara kebudayaan dan juga perkahwinan.


Ok, dah selesai tour di Silk Farm ini. On the way keluar, selepas pulangkan pass, sempat bergambar dulu.. :))


Address Angkor Silk Farm: 
Chantiers-Ecoles, Stung Thmey Street, Krong Siem Reap 855500, Cambodia

Phone:+855 63 963 330

Dibuka setiap hari 8.00am - 5.30pm


Selepas itu akak berdua dibawa oleh Nasri (driver tuk tuk), untuk singgah menghirup udara segar pantai di pantai 'Barai' / Barai Beach... yang jauhnya lebih kurang 10 km je dari bandar... tak sangka pulak ada pantai dekat dengan bandar Siem Reap ni ye... akak ni ni dah datang banyak kali ke Siem Reap, tapi tak pernah tau pun sebelum ni, adanya pantai Barai ini.. Setiap kali akak sebut perkataan Barai ni, mesti nak tergelak sebab membayangkan terburai.. hehehee.. apa lah otak akak ni kannn.. 








hmmm..wangi bau makanan dibakar dan sedap nampak makanan yang dijual kat sini, tapi akak diberitau ianya tak halal ye... ambik bau je lah jawabnya.. hehehee...


Ok, selepas tu pula, akak gi tour agent, nak survey tiket ke Luang Prabang... Rupa-rupanya tak ada direct transport ke situ...harus naik bas sampai ke Vientiane dulu, kemudian ambik bas lain pulak untuk sambung perjalanan yang panjang, 8 jam lagi ke Luang Prabang pula. So, dengan hampanya akak beli tiket untuk ke Vientiane esok...huhuuuu...melepasssss...

Ok lah.. tak de rezkilah tu nak sampai ke Luang Prabang namanya.. mungkin nak kena repeat trip ke Laos lagi kot..hehehee.. ok lah..redho je lah.. hmmm.. 

Selepas tu pulak, kawan akak ni nak pegi ke tempat industri kecil buat sabun pulak, tapi akak nak balik hotel je.. sebab dah rasa agak pening dek panas sangat tu. On the way balik tu, sempat jugak si Nasri bawak tengok istana permaisuri yang besar ni, tapi pembinaannya belum siap sepenuhnya lagi. Memang sangat besaaaarrr..




So, lepas Nasri antar akak balik, dia pegi lah bawak kakak sorang tu jalan ke tempat industri buat sabun tu pulak. Akak nak berehat, santai melurus-luruskan badan sebab esok pagi nak naik van selama 9 jam untuk perjalanan ke Viantianne, Laos.

Jumpa lagi!

--> [Next] <--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts