Wednesday 24 August 2016

Menjejaki Bunga Sakura di Jepun 2016 (4) - Mount Fuji (Part 1)

Mintak maaf lah bagi yang dah lama sangat menunggu sambungan story trip Jepun akak ni. Bila dah lama sangat tu, memang liat lah jadinya nak sambung menulis ni. Ini pun nasib baiklah ada buat catitan sikit-sikit masa trip tu.. boleh lah jugak nak cerita sikit.. :))

Ok, ini sambungan selepas Day 3 semasa di Tokyo.


Day 4 (4/4/2016)


Pukul 4.30 pagi lagi dah bangun, rush mandi dan solat. Kemudian check out pukul 6 pagi. Oh ye, nak check out tu kena tanggalkan sarung bantal dan bedsheet, lepas tu sekali dengan selimut kena masukkan dalam tempat laundry yang dah disediakan di ground floor.


Pagi ni kami akan berangkat ke Mount Fuji pula. Dalam hujan renyai sambil menarik beg roda di samping mengendong backpack yang dah sedia berat tu, kami redah je menuju ke stesen metro Minami-senju, kira-kira 20 minit berjalan kaki dari hostel kami di Arakawa-ku, Tokyo.





Kami terpaksa tukar 2 train, naik turun tangga lagi..dengan beg-beg yang berat tu, tak payah cerita lah kepenatan dan sesak nafasnya sekali.. hadoiiii... 
haaa.. nak sangat berbackpackers kan...hambik ko! :))




Train yang akhir kami naiki ialah di stesen Iwamotocho menuju ke Shinjuku-ku (Keiko Line). Memang lembik dah badan masing-masing sebab mengejar waktu, takut terlepas bas. Setelah sampai di stesen metro Shinjuku, kami rushing ke terminal bas pulak. Bas bertolak pada pukul 7.30 pagi ke Kawaguchiko dengan tambang bas nya 1,750JPY. Jauh perjalanan nya kira-kira 2 jam. 



Sepanjang perjalanan ke Kawaguchiko, hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat juga. Kami breakfast dalam bas je, makanan yang dah di tapau, sushi dan cafe latte yang dibeli di Mart je tadi di pertengahan jalan masa kami berjalan kaki ke stesen metro dari hostel. Lepas breakfast, memandangkan masing-masing semua dah kepenatan, apa lagi... membongkang tidur ler jawabnya...



Sampai di stesen Kawaguchiko yang terletak di Minamitsuru-gun, Yamanashi... beg kami simpan di coin locker yang ada di stesen bas tu, kena bayar 500JPY. Memandangkan kawan-kawan yang lain tu pergi sewa basikal untuk menikmati pemandangan Mount Fuji, akak ni pulak terpaksa beli je tiket bas hop on hop off untuk sightseeing, harganya 1,200JPY






Persoalannyaaa... kenapa akak tak join sekali naik basikal? hahahaaaa.. Jangan tak tau.... alkisahhhh.... akak ni tak reti naik basikal dik oiiiii.. habissss, pecah rahsia! heheheee... Ingat masa kecik kecik dulu, takut jatuh masa nak belajar naik tu... tengok adik sendiri belajar tu, brapa kali jatuh dan luka... terus takut... hampeh tul ! kan dah tak pandai.. hikkk...

Ini ialah map untuk sekitar kawasan Mount Fuji ni... besar kawasannya.. jenuh jugaklah nak hop on hop off bas ni :))





Kawaguchiko Tour ini mempunyai 2 line iaitu Red Line dan Green Line, bermakna ada 2 bas yang jalannya berbeza mengikut warna line. So, akak start yang red line dulu. Sungguh cantik tempat-tempat yang dibawa oleh red line itu, berbanding dengan yang green line.. agak boring sikit.




Ok, jommmm ikut naik bas ke Lake Kawaguchiko...



--> [next] <--




No comments:

Post a Comment

Popular Posts