Tuesday 13 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437


Apakah maksud Maal Hijrah?

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup kita ke arah yang lebih baik, sempurna dan yang diredhai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan. 

Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil terbaik. Perlu difahami bahawa hijrah adalah syiar keimanan, sama ada hijrah dari suatu tempat kekufuran, kemusyrikan dan kejahilan kepada tempat yang dinaungi akidah keimanan dan hakikat kebenaran. 


Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun ini. 

Jangan lupa... Selepas Asar nanti baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan baca Istighfar sehingga masuk waktu maghrib. 

‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut.


Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.



Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.




Selepas solat maghrib pula baca Doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak.

‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.


Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.



Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang.


Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


InsyaAllah kita akhir kan tahun ini dengan Istighfar dan mulakan tahun baru dengan Selawat.

Selamat Maal Hijrah, insya Allah semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini & semoga tahun baru kita sama2 bhijrah unt membentuk keperibadian yang lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat yang semata2 hanya kerana Allah swt, menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan, membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik & semoga kita diberikan taufik, hidayah & sentiasa dalam rahmat oleh Allah swt.. aamiin...


SALAM MAAL HIJRAH 

Berkata Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu:

Setiap kali datang nya tahun baru
Membuat daku risau dan resah selalu
Kerana semakin singkat umur ku
Semakin dekat ajal ku
Semakin tipis pengampunan ALLAH terhadap ku
Dan semakin dekat nya hari perhitungan ku.

Selagi ada KEHIDUPAN
UMUR adalah KESEMPATAN
MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
DEWASA lah dengan PENGAJARAN
TUA lah dengan PENGALAMAN
LAPANG lah dengan KEMAAFAN
SIBUK lah dengan KEMANFAATAN
KAYA lah dengan KEBAIKAN
MISKIN lah dengan KEBENCIAN
KUAT lah dengan KESABARAN
HIDUP lah dengan KETHAATAN
MATI lah dengan KEIMANAN
Dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN

In Shaa Allah...





No comments:

Post a Comment

Popular Posts